Praktis Formatif 3.3 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 3


Soalan 1:
Apakah yang dimaksudkan oleh Teknologi Emisi Negatif?

Jawapan:
Teknologi Emisi Negatif merupakan teknologi yang menyingkirkan kandungan karbon dioksida dalam atmosfera.

Soalan 2:
Berikan satu contoh mikroorganisma yang digunakan dalam Teknologi Emisi Negatif.

Jawapan:
Mikroalga

Soalan 3:
Apakah hubung kait antara teknologi solar dengan emisi sifar karbon?

Jawapan:
Teknologi solar merupakan satu contoh emisi sifar karbon kerana tiada karbon atau sebatian karbon dibebaskan oleh penggunaan teknologi solar.

Soalan 4:
Mengapakah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu memainkan peranannya secara efektif untuk menangani isu alam sekitar pada peringkat global?

Jawapan:
Isu alam sekitar pada peringkat global hanya berjaya ditangani melalui tindakan yang dikoordinasikan oleh PBB yang melibatkan ahli daripada pelbagai negara

Leave a Comment