Praktis Sumatif 2 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 2

Soalan 1:
Kaji situasi yang berikut.

Gizi orang Eskimo lazimnya mengandungi daging yang kaya dengan lemak seperti daging ikan paus. Pengambilan daging ikan paus dapat memanaskan badan.

(a) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat situasi di atas.

(b) Berdasarkan situasi yang diberi, rancang dan huraikan satu eksperimen untuk membandingkan nilai kalori lemak dengan nilai kalori kelas makanan yang lain seperti karbohidrat dan protein dengan menggunakan kalorimeter.

Huraian anda harus mengandungi aspek yang berikut:
(i) tujuan eksperimen
(ii) mengenal pasti pemboleh ubah
(iii) senarai bahan dan radas
(iv) prosedur atau kaedah
(v) penjadualan data


Jawapan:
(a) Pengambilan daging ikan paus dapat memanaskan badan berbanding dengan makanan lain.

(b)(i)
Tujuan eksperimen
Untuk mengukur dan membandingkan nilai kalori lemak, karbohidrat dan protein

(b)(ii)
Mengenal pasti pemboleh ubah
• Pemboleh ubah dimanipulasikan: Jenis sampel makanan
• Pemboleh ubah bergerak balas: Kenaikan suhu
• Pemboleh ubah dimalarkan: Jisim air di dalam kalorimeter

(b)(iii)
Senarai bahan dan radas
• Bahan: Sampel lemak, karbohidrat dan protein yang berjisim 1 g, air suling dan kapas
• Radas: Kaki retort, tabung didih, termometer, penghadang, plastisin dan jarum

(b)(iv)
Prosedur atau kaedah
1. Sediakan susunan radas seperti rajah di bawah.


2. Rekodkan jenis sampel makanan dan jisimnya, jisim air di dalam kalorimeter dan suhu awal, T1, pada termometer dalam jadual.

3. Gunakan pemetik api untuk menyalakan sampel makanan.

4. Perhatikan dan rekodkan suhu akhir, T2, selepas sampel makanan habis terbakar.

(b)(v)
Penjadualan data

Soalan 2:
Jadual 1 menunjukkan purata keperluan tenaga harian bagi perempuan yang berumur antara 5 hingga 40 tahun.


(a) Berdasarkan data dalam Jadual 1, lukiskan graf purata keperluan tenaga harian melawan umur.

(b) Berdasarkan graf dalam soalan 2(a), nyatakan purata keperluan tenaga harian bagi individu berumur 12 tahun.

(c) Apakah hubungan antara purata keperluan tenaga harian dengan umur dari 30 hingga 40 tahun?


Jawapan:
(a)


(b)
8 500 kJ

(c) Purata keperluan tenaga harian menurun dengan umur

Leave a Comment