Praktis Formatif 2.5 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 2

Soalan 1:
Apakah yang dimaksudkan dengan pemprosesan makanan?

Jawapan:
Pemprosesan makanan merupakan cara mengubah bahan makanan mentah dalam bentuk semula jadi kepada bahan makanan dalam bentuk yang lain.

Soalan 2:
Nyatakan empat tujuan memproses makanan.

Jawapan:
Tujuan memproses makanan adalah seperti yang berikut:
• supaya dapat dimakan
• tahan lebih lama
• menjadi lebih enak
• lebih berkhasiat
• menjadi lebih menarik
(mana-mana empat)

Soalan 3:
Namakan empat kaedah pemprosesan makanan.

Jawapan:
Memasak, penapaian, pendehidratan/ pengeringan, pempasteuran, pengetinan, penyejukbekuan, penyinaran, pembungkusan vakum
(mana-mana empat)

Soalan 4:
Nyatakan bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan makanan yang berikut:
(a) nasi kunyit
(b) sos cili
(c) beras putih

Jawapan:
(a) Pewarna

(b) Penstabil

(c) Peluntur

Soalan 5:
Apakah kegunaan karbon diaktifkan dalam penyediaan minyak sawit sebagai minyak masak?

Jawapan:
Untuk melunturkan warna asal minyak sawit

Soalan 6:
Rajah 1 menunjukkan satu kaedah pemprosesan makanan.


(a) Namakan kaedah pemprosesan makanan tersebut.
(b) Berikan dua contoh makanan lain yang turut menggunakan kaedah pemprosesan makanan ini bagi tujuan eksport.
(c) Berikan satu sebab bagi penggunaan kaedah pemprosesan makanan ini.

Jawapan:
(a) Pembungkusan vakum

(b) Ikan masin, belacan

(c) Untuk menghalang bau yang kuat yang dihasilkan oleh makanan tersebut dibebaskan ke udara

Leave a Comment