Praktis Sumatif 9 (Soalan 4) – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 9


Soalan 4:
Seorang murid Tingkatan 4 mendapati tayar basikalnya bocor semasa dia hendak balik dari sekolah. Dia kemudian pergi ke bengkel untuk membaiki tayarnya. Semasa mekanik sedang membaiki tayar itu, dia mendapati bahawa getah tiub tayar yang dipegangnya mempunyai kekenyalan yang berbeza berbanding dengan lateks yang digumpalkan di dalam makmal sekolahnya.

Merujuk kepada pernyataan di atas, rancang satu eksperimen di dalam makmal untuk mengkaji kekenyalan dua jenis getah. Perancangan anda harus mengandungi perkara-perkara berikut:
(a) tujuan 
(b) hipotesis 
(c) pemboleh ubah 
(d) bahan dan radas
(e) prosedur
(f) susunan radas
(g) penjadualan data


Jawapan:
(a)
Tujuan:

Untuk mengkaji kekenyalan antara getah asli dengan tervulkan

(b)
Hipotesis:

Jika kepingan getah tervulkan digunakan, maka perubahan panjang getah tidak berlaku.

(c)
Pemboleh ubah:
• dimanipulasikan: Jenis kepingan getah
• bergerak balas: Perubahan panjang getah
• dimalarkan: Jisim pemberat/ panjang dan ketebalan asal kepingan getah

(d)
Bahan dan radas:
Kepingan getah asli, kepingan getah tervulkan, pemberat 50 g, kaki retort dan pengapit


(e)
Prosedur:
1. Catatkan ukuran awal panjang kepingan getah.

2. Susun radas dan bahan seperti di dalam rajah.

3. Gantungkan pemberat 50 g pada bahagian bawah kepingan getah asli dan alihkan pemberat setelah seminit.

4. Perhatikan dan catatkan panjang kepingan getah.

5. Ulangi langkah 1 hingga 4 dengan menggantikan kepingan getah asli dengan kepingan getah tervulkan.

(f) Susunan radas:



(g) Penjadualan data


Leave a Comment