Praktis Sumatif 9 (Soalan 1 & 2) – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 9


Soalan 1:
Gambar foto 1 menunjukkan dua objek.

(a) Apakah jenis aloi yang digunakan dalam pembuatan objek P dan Q?

(b) Berikan dua contoh lain kegunaan aloi yang digunakan untuk membuat objek P dan Q.

(c) Mengapakah bongkah gangsa adalah lebih kuat berbanding dengan kuprum?

(d) Pada pendapat anda, bolehkah aloi yang digunakan untuk membuat objek P digunakan untuk membina kapal laut?
Jelaskan jawapan and


Jawapan:
(a)
Objek P: loyang
Objek Q: gangsa

(b)
Aloi P: membuat tombol pintu/ membuat barang perhiasan/ bekas makanan

Aloi Q: membina ukiran/membina monumen/ membuat pisau

(c)
Bongkah gangsa lebih kuat berbanding dengan bongkah kuprum kerana kehadiran atom asing di dalam bongkah gangsa.
Hal ini menyebabkan atom di dalam bongkah gangsa menjadi tidak tersusun. Apabila daya dikenakan pada bongkah gangsa, lapisan atom sukar untuk menggelongsor dan menjadikan bongkah lebih kuat.

(d)
Boleh.
Kerana aloi P bersifat keras dan tahan karat menjadikannya sesuai digunakan. Selain itu, aloi P juga akan menjadikan badan kapal kelihatan lebih cantik kerana aloi P berwarna keemasan.


Soalan 2:
Gambar foto 2 menunjukkan radas makmal yang diperbuat daripada kaca.


(a) Apakah jenis kaca yang digunakan untuk membuat produk di atas?

(b) Bagaimanakah jenis kaca yang anda nyatakan dalam soalan 2(a) dipilih dalam pembuatan produk di atas?

(c) Berikan contoh lain jenis kaca yang mungkin sesuai digunakan dalam menghasilkan produk di atas. Jelaskan jawapan anda.

(d) Adakah kaca yang digunakan untuk membuat produk dalam rajah di atas sesuai digunakan untuk membuat bekas minuman dan digunakan di restoran? Wajarkan jawapan anda.


Jawapan:
(a) Kaca borosilikat

(b) Kaca borosilikat mempunyai ketahanan yang sangat tinggi terhadap haba dan bahan kimia.

(c) Kaca silika terlakur Kerana mempunyai ketahanan terhadap haba yang tinggi dan lengai terhadap bahan kimia.

(d)
Sesuai
Bekas minuman tidak mudah pecah apabila air sejuk atau air panas diletakkan di dalamnya.

Leave a Comment