Praktis Formatif 6.1 – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 6

Soalan 1:
Nyatakan kepentingan sistem sokongan.

Jawapan:
Sistem sokongan penting untuk memastikan haiwan dapat bergerak dengan lebih lancar dan cekap.

Soalan 2:
Terangkan maksud rangka luar, rangka dalam dan rangka hidrostatik.

Jawapan:
Rangka luar ialah rangka yang dibina daripada kitin berlilin atau cangkerang. Rangka dalam ialah rangka yang terbina daripada tulang atau rawan.

Rangka hidrostatik ialah rangka yang terdiri daripada dinding berotot yang melitupi suatu rongga badan yang diisi dengan cecair.

Soalan 3:
Terangkan lengkung pertumbuhan haiwan berangka luar.

Jawapan:
Lengkung pertumbuhan haiwan dengan rangka luar adalah berperingkat. Rangka luar terbina daripada kitin yang bersifat keras dan tidak boleh mengembang.

Oleh itu, tumbesaran haiwan dihalang. Bagi mengatasi masalah ini, haiwan berangka luar akan bersalin kulit beberapa kali untuk mencapai peringkat dewasa.

Soalan 4:
Apakah yang dimaksudkan dengan ekdisis?

Jawapan:
Ekdisis ialah proses di mana haiwan yang berangka luar menanggalkan rangka luar semasa tumbesaran.

Soalan 5:
Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi kestabilan haiwan.

Jawapan:
Pusat graviti dan luas tapak

Soalan 6:
(a) Apakah itu pusat graviti?
(b) Apakah hubungan antara ketinggian objek dengan kestabilannya?

Jawapan:
(a)
Pusat graviti merujuk kepada titik keseimbangan haiwan, tumbuhan atau objek.

(b)
Semakin tinggi sesuatu objek, semakin tinggi pusat gravitinya. Pusat graviti yang tinggi menyebabkan sesuatu objek kurang stabil.

Leave a Comment