Praktis Sumatif 10 (Soalan 3 & 4) – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 10


Soalan 3:
Gambar foto 2 menunjukkan buah-buahan yang kaya dengan bahan antioksidan.


(a) Apakah maksud bahan antioksidan?

(b) Jelaskan peranan bahan antioksidan di dalam tubuh badan manusia.

(c) Berikan tiga jenis bahan antioksidan dan sumbernya secara semula jadi.


Jawapan:
(a)
Bahan antioksidan ialah sebatian kimia yang boleh diperoleh daripada sintesis kimia atau tumbuhan semula jadi. Apabila bahan antioksidan bertindak balas dengan radikal bebas, sebatian yang lebih stabil akan terhasil dan seterusnya menghentikan proses pengoksidaan.

(b)
Melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas dan juga boleh dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit.

(c)
• Beta karotena ialah bahan antioksidan yang lazimnya ditemui dalam kebanyakan makanan yang berwarna merah, kuning atau jingga seperti aprikot, lobak merah, labu, mangga, ubi keledek dan buah pic.

• Lutein ialah bahan antioksidan yang lazimnya ditemui dalam kuantiti yang banyak dalam sayursayuran berdaun hijau seperti bayam, kubis dan brokoli.

• Likopena ialah bahan antioksidan yang lazimnya ditemui di dalam betik, jambu batu, tembikai, tomato, aprikot, limau gedang dan buah oren.

• Vitamin C, yang juga dikenal sebagai asid askorbik, merupakan vitamin larut air. Vitamin C ialah bahan antioksidan yang ditemui dalam buah-buahan sitrus dan jusnya, bayam, brokoli, kiwi, strawberi, kranberi, kubis dan lada hijau.


Soalan 4:
Rajah 1 menunjukkan salah satu kaedah rawatan perubatan komplementari.

Rajah 1

Huraikan kaedah urutan yang digunakan dalam kaedah perubatan ini.

Jawapan:
Urut ialah kaedah untuk memanipulasi tisu lembut badan menggunakan tangan, jari dan penumbuk. Urut didapati dapat melegakan keresahan, kesakitan, keletihan, ketegangan otot dan masalah urat saraf.

Leave a Comment