Praktis Sumatif 11 (Soalan 8 & 9) – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 11

Soalan 8:


Rajah 7 menunjukkan satu carta pita detik bagi sebuah troli yang menuruni landasan yang dicondongkan. Jangka masa detik yang digunakan bergetar dengan frekuensi 50 Hz.

(a) Tentukan masa bagi 10 detik tersebut.

(b) Berapakah halaju bagi pita detik 1 dan pita detik 5?

(c) Landasan dicondongkan lagi supaya troli bergerak ke bawah dengan lebih laju. Ramalkan panjang carta pita detik yang akan diperoleh.


Jawapan:
(a) 0.02 s × 10 = 0.2 s

(b)
Pita detik 1:
10 cm ÷ 0.2 s = 50 cm s–1

Pita detik 5:
50 cm ÷ 0.2 s = 250 cm s–1

(c)
Keratan bagi setiap pita detik akan lebih panjang kerana jarak antara detik bertambah.

Soalan 9:


Rajah 8 menunjukkan seorang murid sedang mengetuk hujung pemegang tukul pada permukaan keras.

(a) Apakah tujuan sebenar murid itu melakukan aktiviti di atas?

(b) Apakah konsep yang digunakan oleh murid tersebut?

(c) Terangkan dua aktiviti harian anda yang menggunakan konsep seperti yang dinyatakan dalam soalan 9(b).


Jawapan:
(a)Mengetatkan kepala tukul

(b) Inersia

(c)
• Payung yang basah dapat dikeringkan dengan memutarkan payung itu dengan laju. Disebabkan inersia, titisan hujan akan terus bergerak walaupun payung sudah berhenti berputar. Maka, titisan hujan akan jatuh daripada payung.

• Pemandu dan penumpang kenderaan perlu memakai tali pinggang keselamatan untuk mengurangkan kesan inersia.

Leave a Comment