Praktis Sumatif 11 (Soalan 6 & 7) – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 11

Soalan 6:
Rajah 5 menunjukkan bongkah kayu P dan Q yang berbeza saiz tetapi mempunyai jisim yang sama.


(a) Nyatakan maksud inersia.

(b) Bongkah kayu yang manakah mempunyai inersia yang lebih besar?
Jelaskan jawapan anda.

(c) Nyatakan Hukum Gerakan Newton Pertama.


Jawapan:
(a)
Inersia ialah sifat semula jadi sesuatu objek yang cenderung menentang sebarang perubahan keadaan asal objek dalam keadaan pegun atau sedang bergerak.

(b)
Kedua-dua bongkah kayu mempunyai inersia yang sama kerana jisim kedua-dua kotak sama.

(c)
Hukum Gerakan Newton Pertama menyatakan bahawa objek cenderung kekal dalam keadaan asalnya sama ada pegun atau bergerak dengan halaju seragam jika tiada daya luar yang bertindak terhadapnya.

Soalan 7:
Rajah 6 menunjukkan sekeping duit syiling dan sehelai bulu pelepah dijatuhkan serentak di dalam dua tiub silinder lut sinar, R dan S. Tiub silinder R mempunyai udara, manakala tiub silinder S berada dalam keadaan vakum.


(a) Apakah yang dimaksudkan dengan jatuh bebas?

(b) Bandingkan masa bagi duit syiling dan bulu pelepah itu jatuh di dalam tiub silinder R dan S.
Jelaskan jawapan anda.

(c) Bina satu kesimpulan yang sesuai bagi aktiviti di atas.


Jawapan:
(a)
Satu gerakan jasad yang hanya dipengaruhi oleh daya graviti sahaja.

(b)
Masa untuk duit syiling jatuh lebih cepat berbanding dengan bulu pelepah bagi tiub silinder R, manakala bagi tiub silinder S, masa bagi duit syiling dan bulu pelepah jatuh adalah sama. Hal ini demikian kerana tiub silinder R mengandungi udara, manakala tiub silinder S berada dalam keadaan vakum. Tiub silinder R mempunyai rintangan udara.

(c)
AObjek akan jatuh bebas jika tiada rintangan udara dikenakan terhadapnya.

Leave a Comment