Rajah 2 menunjukkan jenis-jenis orbit satelit yang berlabel A, B, C dan D.
(a) Labelkan jenis orbit pada Rajah 2 dengan singkatan yang berikut.
GEO HEO LEO MEO
(b) Berdasarkan Rajah 2, namakan jenis orbit bagi satelit GPS.
Jawapan:
(a)
A: HEO
B: MEO
C: LEO
D: GEO
(b) MEO
Jam pada satelit GPS perlu dibetulkan dari semasa ke semasa. Apakah kepentingan maklumat masa yang tepat daripada satelit GPS dalam aktiviti seharian manusia?
Jawapan:
Masa yang tepat dan diselaraskan dari satelit GPS digunakan dalam aktiviti harian seperti berikut:
• Dalam bidang pengangkutan
Keselamatan penerbangan dan pendaratan kapal terbang, pelayaran kapal dan perjalanan kereta api bergantung pada masa yang tepat dan selaras.
• Dalam bidang telekomunikasi
Perhubungan antara telefon bimbit, siaran TV secara langsung dan persidangan video dapat dijalankan secara berterusan pada masa yang tepat dan selaras.
• Dalam bidang sains
Masa yang tetap semasa berlakunya fenomena alam seperti letupan gunung berapi, gempa bumi dan tsunami mengikut lokasi mereka dapat direkodkan.