Praktis Sumatif (Soalan 3 & 4) – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 8


Soalan 3:
Jadual 1 menunjukkan beberapa unsur dengan nombor proton dan nombor nukleon masing-masing.

(a) Tentukan bilangan neutron bagi atom unsur X, Y dan Z.

(b) Lukiskan susunan elektron bagi atom unsur X, Y dan Z.

(c) Pada pendapat anda, di manakah kedudukan unsur X, Y dan Z dalam Jadual Berkala Unsur Moden?

(d) Bagaimanakah atom unsur-unsur berikut mencapai susunan elektron yang stabil?
(i) Unsur X
(ii) Unsur Y


Jawapan:
(a)
X: 14
Y: 18
Z: 20

(b) 


(c)
X: Kumpulan 13, Kala 3
Y: Kumpulan 17, Kala 3
Z: Kumpulan 2, Kala 4

(d)(i)
Atom X akan menderma tiga elektron kepada atom unsur lain dan membentuk ion positif.

(d)(ii)
Atom Y akan menerima satu elektron daripada atom unsur lain dan membentuk ion negatif.


Soalan 4:
Jadual 2 menunjukkan unsur P, Q, R dan S dengan nombor proton dan nombor nukleon masing-masing.

(a) Unsur manakah merupakan pasangan isotop? Jelaskan jawapan anda.

(b) Nyatakan kegunaan isotop yang anda nyatakan dalam soalan 4(a) dalam bidang perubatan dan industri.

(c) Nyatakan unsur P dan kegunaannya dalam bidang pertanian.

(d) Namakan unsur S dan nyatakan kegunaannya dalam bidang pertanian dan arkeologi


Jawapan:
(a)
Q dan R, kerana atom Q dan R mempunyai nombor proton yang sama tetapi nombor nukleon yang berbeza.

(b)
Industri: digunakan untuk mengesan kebocoran paip bawah tanah Perubatan: mengesan salur darah tersumbat

(c)
Fosforus-32: digunakan bagi mengesan kadar serapan baja fosforus oleh tumbuhan

(d)
Karbon-14 Pertanian: mengesan kadar fotosintesis bagi tumbuhan Arkeologi: menentukan usia fosil dan artifak

Leave a Comment