Praktis Sumatif – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 8


Soalan 1:
Rajah 1 menunjukkan dua buah kenderaan yang bergerak dengan halaju yang sama dan menghasilkan dua tekanan, P0 dan P1 yang berbeza.


(a) Tekanan yang manakah lebih rendah?

(b) Terangkan jawapan anda dalam soalan 1(a).

(c) Mengapakah situasi dua kenderaan seperti Rajah 1 berbahaya?


Jawapan:
(a) P1

(b)
Oleh sebab udara mengalir melalui kawasan yang sempit di antara duabuah kenderaan, halaju pengaliran udara bertambah dan tekanan, P1 pada kawasan yang sempit ini berkurang. Mengikut prinsip Bernoulli, apabila bendalir seperti udara melalui kawasan sempit, halaju pengaliran bendalir akan meningkat dan tekanan di kawasan tersebut berkurang.

(c)
Tekanan P0 yang lebih tinggi berbanding P1 menyebabkan keduadua kenderaan ditolak mendekati satu sama lain sehingga berlanggar.

Leave a Comment