Praktis Formatif 1.3 – Sains Tingkatan 5 (KSSM) Bab 1

Soalan 1:
Nyatakan lima contoh teknik aseptik untuk mengawal penyebaran patogen.

Jawapan:
• Pensterilan
• Pendidihan
• Penggunaan antiseptik
• Disinfektan
• Sinaran

Soalan 2:
Bagaimanakah teknik aseptik dihubungkaitkan dengan ungkapan ‘mencegah lebih baik daripada merawat’?

Jawapan:
Teknik aseptik diaplikasikan untuk melindungi pesakit daripada jangkitan dengan menyingkirkan patogen yang sedia ada atau berhampiran sebelum seseorang itu dijangkiti oleh penyakit yang dibawa oleh patogen berkenaan.

Soalan 3:
(a) Apakah yang dimaksudkan oleh pensterilan?
(b) Bagaimanakah pensterilan dijalankan?
(c) Mengapakah penggunaan autoklaf adalah lebih berkesan untuk mencegah mikroorganisma berbanding dengan pendidihan air?

Jawapan:
(a)
Pensterilan bermaksud proses membunuh atau menyingkirkan mikroorganisma daripada sesuatu objek atau persekitaran.

(b)
Pensterilan dilakukan dengan menggunakan haba, bahan kimia, sinaran, tekanan tinggi dan penapis.

(c)
Suhu dalam autoklaf (121°C – 132°C) dapat membunuh mikroorganisma dan sporanya. Air yang mendidih pada 100°C hanya dapat membunuh mikroorganisma tetapi bukan sporanya. Hal ini demikian kerana spora mikroorganisma dapat bertahan pada suhu 100°C.

Soalan 4:
Nyatakan satu persamaan dan satu perbezaan antara antiseptik dengan disinfektan.

Jawapan:
Persamaan:
Kedua-dua jenis antiseptik dan disinfektan digunakan untuk membunuh patogen.

Perbezaan:
Antiseptik dapat disapu pada permukaan kulit manusia tetapi disinfektan tidak sesuai disapu pada permukaan kulit manusia.

Soalan 5:
Namakan tiga contoh sinaran mengion yang digunakan dalam teknik aseptik.

Jawapan:
Sinar ultraungu, sinar-X, sinar gama

Soalan 6:
Nyatakan jenis bahan yang digunakan untuk merawat penyakit berjangkit yang berikut:
(a) athlete’s foot
(b) pneumonia
(c) kayap

Jawapan:
(a) Athlete’s foot: antifungal

(b) Pneumonia: antibiotik

(c) Kayap: antiviral

Leave a Comment