Namakan dua contoh mikroorganisma berfaedah dalam setiap bidang yang berikut:
(a) perubatan
(b) pertanian
(c) perindustrian
Jawapan:
(a) DNA rekombinan E.coli, Penicillium chrysogenum
(b) Bifidobacteria sp., Nitrosomonas sp., Nitrobacter sp.
(c) Yis, Lactobacillus bulgaricus, Bifidobacteria sp.
Nyatakan dua contoh makanan yang menggunakan mikroorganisma dan namakan mikroorganisma tersebut.
Jawapan:
(a) Apakah ekoenzim?
(b) Berikan dua kegunaan ekoenzim.
Jawapan:
(a)
Ekoenzim merupakan hasil semula jadi daripada sisa pertanian seperti sisa buah-buahan atau sisa sayur-sayuran yang diolah melalui penapaian.
(b)
• Merawat air sisa dan sisa kumbahan
• Meminimumkan sisa pertanian seperti sisa buah-buahan dan sisa sayur-sayuran
• Membuat larutan pembersih
(mana-mana dua)
(a) Rajah 1 menunjukkan sejenis bakteria. Namakan jenis bakteria ini.
(b) Berikan tiga kegunaan bagi serum yang dihasilkan menggunakan bakteria yang dinyatakan dalam soalan 4(a).
Jawapan:
(a) Lactobacillus sp.
(b)
• Menyingkirkan bau busuk
• Membantu pencernaan haiwan ternakan
• Menghasilkan enzim
• Merawat sisa kumbahan
• Membuat kompos
• Memajukan industri perikanan
(mana-mana tiga)