Praktis Formatif 4.1 – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 4


Soalan 1:
Apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi Hijau?

Jawapan:
Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.


Soalan 2:
Nyatakan dua kepentingan kecekapan tenaga.

Jawapan:
• Menjimatkan penggunaan tenaga
• Mengukuhkan ekonomi negara


Soalan 3:
Nyatakan sektor-sektor yang terdapat dalam Teknologi Hijau.

Jawapan:
• Sektor tenaga
• Sektor pengurusan sisa dan air sisa
• Sektor pertanian dan perhutanan
• Sektor pengangkutan
• Sektor bangunan
• Sektor perindustrian dan pembuatan
• Sektor teknologi maklumat dan komunikasi
(terima mana-mana jawapan yang sesuai)

Leave a Comment