8.3 Isotop
Soalan 1:
Nyatakan definisi bagi isotop.
Nyatakan definisi bagi isotop.
Jawapan:
Dua atau lebih atom unsur yang sama yang mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berbeza.
Soalan 2:
Berikan tiga contoh isotop.
Berikan tiga contoh isotop.
Jawapan:
Natrium-24/ Fosforus-32/ Kobalt-60/ Karbon-14/ Iodin-131
(mana-mana tiga)
Soalan 3:
Satu atom mempunyai 10 proton, 10 neutron dan 10 elektron. Apakah nombor nukleon atom tersebut?
Satu atom mempunyai 10 proton, 10 neutron dan 10 elektron. Apakah nombor nukleon atom tersebut?
Jawapan:
20
Soalan 4:
Apakah kegunaan isotop dalam bidang perubatan?
Apakah kegunaan isotop dalam bidang perubatan?
Jawapan:
• Kobalt-60: membunuh sel kanser
• Natrium-24: mengesan salur darah tersumbat
• Iodin-131: mengesan kadar serapan iodin oleh kelenjar tiroid dan digunakan bagi merawat penyakit tiroid