10.2 Radikal Bebas
Soalan 1:
Apakah radikal bebas?
Apakah radikal bebas?
Jawapan:
Radikal bebas ialah atom atau molekul yang kekurangan satu elektron yang menyebabkan zarah tersebut menjadi tidak stabil dan cenderung untuk mengambil elektron daripada atom atau
molekul lain.
Soalan 2:
Jelaskan cara radikal bebas terbentuk.
Jelaskan cara radikal bebas terbentuk.
Jawapan:
Radikal bebas terbentuk daripada proses pengoksidaan yang berlaku di dalam badan disebabkan faktor dalaman dan faktor luaran.
Soalan 3:
Berikan dua punca terdapatnya radikal bebas di dalam badan.
Berikan dua punca terdapatnya radikal bebas di dalam badan.
Jawapan:
Faktor dalaman: metabolisme/ keradangan
Faktor luaran: cahaya matahari/asap kilang/asap rokok