Praktis Formatif 10.1 – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 10


10.1 Perubatan Tradisional, Perubatan Moden dan Perubatan Komplementari

Soalan 1:
Nyatakan tiga kaedah perubatan yang diamalkan pada masa ini.

Jawapan:
Perubatan tradisional, perubatan moden, perubatan komplementari

Soalan 2:
Nyatakan tiga jenis ubat moden dan berikan contoh bagi setiap satunya.

Jawapan:
• Analgesik: aspirin/kodeina/parasetamol
• Antibiotik: penisilin/streptomisin
• Psikoteraputik:
  − Stimulan: amfetamina
  − Antidepresan: imipramin/amitriptilin
  − Antipsikotik: trankuiliser/barbiturat

Soalan 3:
Lai Yee dan keluarganya bercuti di Pulau Perhentian. Selepas pulang daripada bercuti, dia mendapati kulitnya menjadi merah dan berasa perit. Apakah ubat tradisional yang dapat membantu merawat kulitnya? Jelaskan jawapan anda.

Jawapan:
Aloe vera (Lidah buaya) Kerana lendiran daripada daunnya dapat menyejukkan kulit akibat selaran matahari

Soalan 4:
Berikan dua contoh perubatan komplementari dan dua sebab sesetengah pesakit memilih perubatan komplementari.

Jawapan:
Contoh:
Akupunktur/ Kiropraktik/ Urutan tradisional/ Homeopati/ Terapi herba
Sebab:
Perubatan komplementari dapat membantu pesakit menenangkan emosi/ menghilangkan tekanan (stres)/ meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan/ membantu melegakan kesan rawatan atau gejala rawatan seperti kimoterapi.

Leave a Comment