Praktis Sumatif 4 (Soalan 1 – 3) – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 4


Soalan 1:
Baca petikan di bawah.

Amalan Teknologi Hijau yang dicadangkan dalam Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan telah mula diterapkan dalam kalangan murid di sekolah. Kesedaran untuk melestarikan alam sekitar melalui Teknologi Hijau seharusnya dididik dari awal usia.
Berdasarkan petikan di atas:
(a) apakah yang dimaksudkan dengan Teknologi Hijau?
(b) nyatakan empat tonggak utama dalam Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan.

Jawapan:
(a) Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

(b) Tenaga, alam sekitar, ekonomi, sosial

Soalan 2:
Pernyataan di bawah menjelaskan kecekapan tenaga.

Kecekapan tenaga ialah penggunaan tenaga yang kurang bagi menjalankan sesuatu kerja pada kadar yang sama atau lebih tanpa menjejaskan keselesaan atau hasil yang diingini.
Berdasarkan pernyataan di atas:
(a) nyatakan kepentingan kecekapan tenaga dalam kehidupan kita.
(b) berikan satu amalan kecekapan tenaga yang boleh anda amalkan di rumah.
Jelaskan jawapan anda.

Jawapan:
(a) Menjimatkan sumber tenaga, mengelakkan pembaziran, mengukuhkan ekonomi negara

(b) Menutup suis peralatan elektrik di rumah jika tidak menggunakannya.
Hal ini dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik di rumah.

Soalan 3:
Pernyataan berikut ditampal di papan kenyataan sekolah.

Bagi memudahkan pelaksanaan amalan Teknologi Hijau secara holistik, beberapa sektor telah diwujudkan supaya pelaksanaannya lebih terarah dan berfokus.
(a) Nyatakan tiga sektor yang terdapat dalam Teknologi Hijau.
(b) Jelaskan setiap sektor yang dinyatakan dalam soalan 3(a).


Jawapan:
(a) Sektor tenaga, sektor pengangkutan, sektor pengurusan sisa dan air sisa

(b)
Sektor tenaga – memfokuskan penggunaan tenaga alternatif yang lebih bersih, bebas karbon serta dapat menggantikan penggunaan bahan api fosil

Sektor pengangkutan – berfokus kepada penambahbaikan prasarana pengangkutan yang lebih bersih, bahan bakar kenderaan dan pengangkutan awam

Sektor pengurusan sisa dan air sisa – memfokuskan usaha untuk meminimumkan pembuangan sisa dan air sisa ke persekitaran dengan cara mengolah sisa atau air sisa menjadi sesuatu yang baharu seperti baja kompos

Leave a Comment