6.3.1 Perkembangan dalam Teknologi Makanan (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
Rajah 1 menunjukkan makanan yang telah diproses melalui tiga kaedah yang berbeza.


(a) Tulis kaedah pemprosesan makanan, P, Q dan R, dalam petak yang disediakan pada Rajah 1. [3 markah]

(b) Apakah yang terjadi kepada kandungan air dalam makanan yang telah diproses melalui kaedah P? [1 markah]

(c) Makanan dipanaskan pada 121 oC semasa proses dalam kaedah Q.
Apakah tujuan pemanasan tersebut? [1 markah]

(d) Susu segar dipanaskan selama 30 minit dalam kaedah R.
Berapakah suhu yang digunakan? [1 markah]


Jawapan:
(a)
P: Pendehidratan
Q: Pengetinan
R: Pempasteuran

(b)
Kandungan air disingkirkan daripada makanan.

(c)
Membunuh mikroorganisma yang berada di dalam makanan.

(d)
63 oC



Soalan 2:
Rajah 2.1 menunjukkan label makanan bagi jus buah yang telah diproses melalui satu kaedah pemprosesan makanan yang mematuhi Peraturan Makanan 1985.

Rajah 2.1


(a) Namakan bahan pengawet yang ditambah dalam jus buah dalam Rajah 2.1. [1 markah]

(b) Apakah maklumat yang tidak ditunjukkan pada label makanan pada Rajah 2.1 mengikut Peraturan Makanan 1985? [1 markah]

(c) Namakan kaedah pemprosesan makanan dalam Rajah 2.1. [1 markah]

(d) Selain jus buah, nyatakan minuman lain yang boleh diproses dengan kaedah di 2(c). [1 markah]

(e) Berdasarkan Rajah 2.2, nyatakan suhu dan tempoh pemanasan semasa kaedah pemprosesan makanan di 2(c). [1 markah]

Rajah 2.2


Jawapan:
(a) Asid benzoik 

(b)
Berat bersih/ Isi padu cecair


(c)
Pempasteuran


(d) Suhu

(e)
Suhu: 63 oC
Masa pemanasan: 30 minit
ATAU
Suhu: 72 oC
Masa pemanasan: 15 saat

Leave a Comment