4.7.6b Polimer Asli (Soalan Subjektif)


Soalan 3:
Rajah 3 menunjukkan eksperimen untuk membandingkan sifat kekenyalan getah asli, (Getah P) dengan getah asli yang telah dicelupkan ke dalam larutan sulfur monoklorida, (Getah Q).



(a) Nyatakan hipotesis yang boleh dibuat daripada eksperimen ini. [1 markah]

(b) Nyatakan pembolehubah dalam eksperimen ini.
(i) Pembolehubah dimalarkan [1 markah]
(ii) Pembolehubah dimanipulasikan [1 markah]

(c) Berdasarkan eksperimen ini, getah manakah yang lebih elastik? [1 markah]

(d) Tandakan ( √ ) bagi objek yang diperbuat daripada getah asli yang telah diproses seperti getah Q. [1 markah]



Jawapan:
(a)
Kekenyalan getah asli yang telah decelupkan ke dalam larutan sulfur monoklorida, (getah Q) lebih tinggi berbanding dengan getah asli (getah P).

(b)(i)
Jisim pemberat, panjang jalur getah asli.

(b)(ii)
Getah asli yang telah dicelupkan atau tidak dicelupkan ke dalam larutan sulfur monoklorida.

(c)
Getah asli yang telah dicelupkan ke dalam larutan sulfur monoklorida atau getah Q lebih elastik.

(d)






Leave a Comment