Polimer – Bhg. 1 (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
Rajah 1.1 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji kesan cuka dan larutan ammonia ke atas lateks.
Rajah 1.2 menunjukkan keputusan eksperimen selepas 30 minit.






(a) Tulis satu pemerhatian daripada keputusan eksperimen ini. [1 markah]

(b) Nyatakan satu inferens berdasarkan pemerhatian di Rajah 1.1. [1 markah]

(c) Nyatakan satu pemboleh ubah yang dimalarkan dalam eksperimen ini. [1 markah]

(d) Nyatakan satu hipotesis bagi eksperimen ini. [1 markah]

(e) Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan secara operasi bagi asid. [1 markah]


Jawapan
:
(a)
Cuka menyebabkan pengumpalan lateks tetapi ammonia menghalang pengumpalan lateks.

(b)
Apabila cuka (suatu asid) ditambah ke dalam lateks, lateks itu mengumpal.
Apabila larutan ammonia (suatu alkali) dicampur dengan lateks, lateks itu tidak mengumpal.
(mana-mana satu)

(c)

1. 10 cm3 of lateks
2. Hasil eksperimen diperhatikan selepas 30 minit
(mana-mana satu)

(d)
Asid menyebabkan pengumpalan lateks tetapi alkali menghalang pengumpalan lateks.

(e)
Asid ialah bahan yang menyebabkan pengumpalan lateks. 


Soalan 2:
Rajah 2.1 menunjukkan proses penggumpalan susu getah.

Rajah 2.1

(a)(i) Nyatakan satu contoh bahan kimia P? [1 markah]

(ii) Nyatakan satu ciri getah tergumpal pada Rajah 1.1. [1 markah]

(b) Bahan kimia P pada Rajah 1.1 digunakan dengan bahan kimia Q untuk menghalang susu getah daripada tergumpal.
Nyatakan satu contoh bahan kimia Q. [1 markah]


(c) Rajah 2.2 menunjukkan proses apabila getah asli dipanaskan dengan sulfur untuk membentuk getah R.

Rajah 2.2

  (i) Namakan proes X. [1 markah]
  (ii) Namakan getah R. [1 markah]

(d) Tanda (\/) objek yang diperbuat daripada getah R. [1 markah]




Jawapan:
(a)(i)
Asid metanoik

(a)(ii)
Kenyal

(b)
Larutan ammonia

(c)(i)
Pemvulkanan getah

(c)(ii)
Getah tervulkan

(d)





Leave a Comment