4.7.2b Alkohol dan Kesannya ke atas Kesihatan (Soalan Subjektif)


Soalan 2:
Rajah 2 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji proses penapaian yang dijalankan pada suhu yang berbeza.



(a)(i) Nyatakan satu pemerhatian daripada eksperimen. [1 markah]
(ii) Berdasarkan kepada pemerhatian di 2(a)(i), nyatakan satu inferens. [1 markah]

(b) Nyatakan satu pembolehubah dimanipulasikan dalam eksperimen ini. [1 markah]

(c) Tandakan (√) makanan yang boleh digunakan untuk penapaian. [1 markah]
Beras (   )
Keju (   )
Nanas (   )

(d) Nyatakan definisi secara operasi bagi penapaian. [1 markah]


Jawapan:
(a)(i)
Isi padu gas yang dikumpul di dalam buret pada suhu 28oC adalah lebih banyak daripada isi padu gas yang dikumpul di dalam buret pada suhu 10oC.

(a)(ii)
Yis adalah lebih reaktif pada suhu 28oC berbanding pada suhu 10oC.

(b)

Suhu

(c)
Beras ( √  )
Keju (   )
Nanas ( √  )

(d)

Isi padu gas yang dikumpul di dalam buret mewakili kadar penapaian.

Leave a Comment