3.4.2 Kesan Pecemaran Alam Sekitar (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
Rajah 1.1 menunjukkan sejenis pencemaran alam sekitar di satu kawasan industri.



(a)(i) Berdasarkan Rajah 1.1, apakah yang dibebaskan oleh kilang tersebut? [1 markah]

(a)(ii) Nyatakan jenis pencemaran berdasarkan jawapan di (a)(i). [1 markah]

(b) Nyatakan kesan pencemaran yang ditunjukkan pada Rajah 1.1 kepada manusia. [1 markah]

(c) Cadangkan satu cara mengawal pencemaran yang ditunjukkan pada Rajah 1.1. [1 markah]


(d) Rajah 1.2 menunjukkan kesan pencemaran alam sekitar akibat haba yang terperangkap oleh gas P.


(i) Namakan gas P. [1 markah]
(ii) Namakan fenomena yang ditunjukkan pada Rajah 1.2. [1 markah]


Jawapan:
(a)(i)
Asap tebal berwarna hitam (jelaga)

(a)(ii) Pencemaran udara

(b)
Gas berasid dalam asap merengsakan dan mengakis bahagian laluan pernafasan (menyebabkan asma dan bronkitis)

(c)
Pasangkan pemendak elektrostatik pada cerobong asap kilang itu untuk menarik jelaga pada dinding bahagian dalam cerobong asap.

(d)(i)
 Karbon dioksida

(d)(ii)
Pemanasan global/ Kesan rumah hijau 


Soalan 2:
Rajah 2 menunjukkan lapisan atmosfera di sekeliling Bumi.



(a)(i) Apakah lapisan K? [1 markah]

(ii) Nyatakan kepentingan lapisan K. [1 markah]

(b)(i) Namakan bahan yang boleh memusnahkan lapisan K. [1 markah]

(ii) Namakan satu alat yang membebaskan bahan di (b)(i). [1 markah]

(c) Nyatakan dua kesan jika lapisan K termusnah. [2 markah]


Jawapan:
(a)(i)
Lapisan ozon

(a)(ii)
Menyerap sinaran ultra ungu yang berbahaya dalam cahaya matahari

(b)(i)
Klorofluorokarbon (CFC)

(b)(ii)
Penyembur aerosol

(c)
1. Sinaran ultra ungu yang sampai ke bumi boleh menyebabkan kanser dan katarak (kanta mata menjadi legap)
2. Sinaran ultra ungu mengurangkan imunisasi badan kita terhadap penyakit


Leave a Comment