(Tingkatan 5) 2.4.2 Keperluan Nutrien oleh Tumbuhan (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
Seorang murid menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji kesan kekurangan nutrien ke atas pertumbuhan anak benih kacang.
Rajah menunjukkan keputusan yang diperolehi selepas lima hari.


(a) Berdasarkan Rajah, nyatakan satu pemerhatian pada akar anak benih dalam larutan kultur tanpa fosforus. [1 markah]

(b) Nyatakan satu hipotesis untuk eksperimen ini. [1 markah]

(c) Nyatakan satu pembolehubah dimalarkan dalam eksperimen ini. [1 markah]

(d) Tandakan (√) pada kotak yang disediakan unsur yang sama kumpulan dengan fosforus. [1 markah]


(e) Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi larutan kultur lengkap. [1 markah]


Jawapan:
(a)
Pertumbuhan akar itu terbantut.

(b)
Suatu larutan kultur lengkap adalah diperlukan untuk pertumbuhan subur bagi anak benih itu.

(c)
1. Isi padu larutan kultur
2. Peringkat pertumbuhan awal bagi anak benih
(Mana-mana satu)

(d)  



(e)
Suatu larutan kultur lengkap didefinisikan secara operasi sebagai suatu larutan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan subur bagi tumbuhan.



2 thoughts on “(Tingkatan 5) 2.4.2 Keperluan Nutrien oleh Tumbuhan (Soalan Subjektif)”

Leave a Comment