Aloi Bhg. 1 (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
Rajah 1.1 menunjukkan proses pembuatan gangsa.



(a) Pada Rajah 1.1, namakan atom logam P dan atom logam Q. [2 markah]

(b) Namakan proses W. [1 markah]

(c)(i) Nyatakan one sifat gangsa. [1 markah]
 
(ii) Nyatakan kesan kehadiran atom logam Q dalam gangsa. [1 markah]


(d) Pingat pada Rajah 1.2 dibuat daripada gangsa.
Berikan satu sifat pingat itu jika ia dibuat daripada logam P sahaja. [1 markah]


Jawapan:
(a) 
P: Kuprum
Q: Stanum

(b)

Pengaloian

(c)(i)
Lebih keras/ lebih berupaya mencegah kakisan berbanding kuprum.

(c)(ii)
Atom logam Q dalam gangsa menghalang lapisan atom logam W dalam gangsa itu daripada menggelongsor di atas lapisan atom lain.

(d)
Lebih lembut, lebih mudah ditempa, kurang mencegah kakisan. 


Soalan 2:
Rajah 2.1 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji ketahanan aloi keluli terhadap pengaratan.



Selepas 3 hari, keputusan yang diperoleh ditunjukkan dalam Rajah 2.2.



(a) Berdasarkan Rajah 2.2, tulis satu pemerhatian bagi eksperimen ini. [1 markah]

(b) Tulis satu hipotesis bagi eksperimen ini[1 markah]

(c) Nyatakan pembolehubah dalam eksperimen ini.
(i) Pembolehubah dimalarkan [1 markah]
(ii) Pembolehubah dimanipulasikan [1 markah]

(d) Ramalkan keadaan paku keluli itu pada hari ke-5. [1 markah]

(e) Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi bagi aloi. [1 markah]


Jawapan:
(a)
Paku besi telah terkakis manakala paku keluli tidak.

(b)
Keluli lebih tahan terhadap kakisan berbanding besi.

(c)(i)
Air suling, bilangan hari paku direndam ke dalam air.
(mana-mana satu)

(c)(ii)
Jenis logam (keluli atau besi)

(d)
Paku keluli akan tetap tidak terkakis

(e)
Aloi adalah campuran logam yang lebih kuat dan lebih tahan kakisan berbanding logam tulen.

Leave a Comment