7.10.1 Pembentukan Imej (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 menunjukkan satu eksperimen untuk mengukur jarak fokus bagi dua kanta cembung.



(a) Ukur dan catatkan jarak fokus pada Rajah 1.1. [1 markah]

(b) Perhatikan Rajah 1.1 dan Rajah 1.2.
Apakah perbezaan antara jarak fokus kedua-dua kanta cembung itu? [1 markah]


(c) Nyatakan one inferens bagi eksperimen. [1 markah]

(d) Nyatakan pembolehubah dalam eksperimen ini.
(i) Pembolehubah dimalarkan [1 markah]
(ii) Pembolehubah dimanipulasikan [1 markah]


Jawapan:
(a) 7.0 cm

(b)
Jarak fokus kanta cembung pada Rajah 1.1 adalah lebih pendek daripada jarak fokus kanta cembung pada Rajah 1.2.

(c)
Semakin tebal kanta cembung, semakin pendek jarak fokus kanta cembung itu.

(d)(i)
Sinar cahaya selari daripada objek jauh yang ditujukan melalui kanta cembung.

(d)(ii)
Kanta-kanta cembung yang berbeza-beza ketebalan.




Leave a Comment