6.4.3 Pengendalian Bahan Radioaktif Dengan Cara yang Betul (Soalan Subjektif)


Soalan 1:
(a) Rajah 1.1 dan 1.2 menunjukkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan bahan radioaktif.


(i) Nyatakan sinaran radioaktif yang digunakan dalam bidang perubatan pada Rajah 1.1. [1 markah]

(ii) Nyatakan kegunaan Karbon-14 pada Rajah 1.2. [1 markah]

(iii) Nyatakan satu kesan letupan nuklear kepada manusia. [1 markah]

(iv) Apakah bahan yang digunakan untuk membuat bekas bagi menyimpan bahan radioaktif dengan selamat? [1 markah]

(b) Rajah 1.3 menunjukkan stesen janakuasa nuklear.

(i) Namakan bahan radioaktif yang digunakan pada Rajah 1.3. [1 markah]

(ii) Nyatakan tenaga yang dijanakan daripada stesen janakuasa pada Rajah 1.3. [1 markah]


jawapan:
(a)(i)
Sinar gama 

(a)(ii)
Menganggarkan umur objek kuno

(a)(iii)
Boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius atau mungkin kematian

(a)(iv)
Konkrit tebal/ Plumbum tebal

(b)(i)
Uranium-235

(b)(ii)
Tenaga elektrik



Leave a Comment