Sains SPM 2021 (Kertas Sebenar), Kertas 2 (Bahagian C Soalan 11 – 13)


Soalan 11:
Rajah 11 menunjukkan dua aktiviti fizikal yang dilakukan oleh seorang murid. 


Selepas melakukan aktiviti yang kedua, murid itu mendapati jantungnya berdegup dengan laju. Murid tersebut ingin mengukur kadar denyutan nadi bagi setiap aktiviti yang dijalankan.

(a) Nyatakan satu pernyataan masalah berdasarkan situasi tersebut. [1 markah]

(b) Cadangkan satu hipotesis untuk menyiasat situasi tersebut. [1 markah]


(c) Dengan menggunakan jam randik dan seorang murid, huraikan satu eksperimen untuk mengkaji hipotesis di 11(b).
Huraian anda harus mengandungi kriteria berikut:
(i) Tujuan eksperimen [1 markah]
(ii) Mengenal pasti pemboleh ubah [2 markah]
(iii) Prosedur atau kaedah [4 markah]
(iv) Penjadualan data [1 markah]


Jawapan:
(a) Adakah kadar denyutan nadi manusia berbeza berdasarkan aktiviti fizikal?

(b) Semakin lasak aktiviti fizikal yang dilakukan, semakin tinggi kadar denyutan nadi.

(c)(i) Untuk mengkaji kesan aktiviti fizikal terhadap kadar denyutan nadi manusia.

(c)(ii)
Dimanipulasi: Jenis aktiviti fizikal
Bergerak balas: Kadar denyutan nadi
Dimalarkan: Tempoh masa/jantina/usia


(c)(iii)
1. Aktiviti dijalankan dalam kumpulan.

2. Seorang murid daripada setiap kumpulan melakukan aktiviti berehat, berjalan dan berlari dalam tempoh masa 2 minit bagi setiap aktiviti.

3. Pastikan murid berehat selama 5 minit sebelum melakukan aktiviti seterusnya.

4. Bacaan denyutan nadi dalam tempoh masa seminit diambil selepas setiap aktiviti dan direkodkan dalam jadual.

(c)(iv)



Soalan 12:
(a) Isu sosiosaintifik ialah masalah terbuka yang merupakan isu sosial kontroversi yang boleh dikaitkan dengan sains. Isu ini menekankan aplikasi moral dan saintifik kepada situasi dunia sebenar. 

(i) Nyatakan dan terangkan satu isu sosiosaintifik dalam sektor pertanian dan perhutanan. [2 markah]

(ii) Rajah 12 menunjukkan satu bandar eko yang telah dibina untuk mengatasi isu sosiosaintifik bagi suatu sektor.

Berdasarkan Rajah 12, nyatakan dua kelebihan penggunaan aplikasi teknologi hijau yang telah dibina terhadap alam sekitar. [2 markah]


(b) Jadual 12 menunjukkan jumlah sisa buangan di suatu tapak pelupusan sampah. 


Berdasarkan Jadual 12, huraikan pola jumlah sisa yang dibuang. [4 markah]

(c) Pihak kerajaan telah menggalakkan pengasingan sisa rumah sejak tahun 2015. 
Terangkan kelebihan pernyataan tersebut. [4 markah]


Jawapan:
(a)(i) Penerokaan hutan.

Penerokaan hutan akan mengganggu kitaran gas. Gas karbon dioksida tidak dapat digunakan untuk proses fotosintesis. 
atau
Pembakaran terbuka.

Pembakaran hutan oleh para petani boleh menyebabkan berlakunya jerebu dan menjejaskan kualiti udara.
atau
Penggunaan racun serangga dan baja kimia.

Penggunaan secara berlebihan akan meningkatkan keasidan tanah dan tidak sesuai untuk pertanian.

(1 isu +1 penyataan)


(a)(ii)
– Dapat mengurangkan kandungan gas karbon dioksida di dalam udara dengan mengurangkan penghasilan tenaga elektrik melalui pembakaran bahan api fosil.

– Dapat mengurangkan pencemaran udara dan memperbaiki kualiti udara yang lebih baik.

– Dapat mengurangkan pemanasan global akibat suhu Bumi yang meningkat.

(mana-mana 2 jawapan)


(b)
– Jumlah sisa yang dibuang bertambah dari tahun 2007 hingga 2010. Pada tahun 2007, sebanyak 0.84 kg sisa dibuang dalam tempoh sehari, meningkat kepada 0.90 kg dalam tempoh sehari pada tahun 2010.

– Pada tahun 2007, sebanyak 172493.16 kg sampah telah dibuang ke tapak pelupusan sampah. Meningkat pada tahun 2010 kepada 220752.00 kg pada tahun 2010.

– Pertambahan jumlah sisa yang dibuang adalah disebabkan oleh pertambahan populasi penduduk.

– Penduduk juga kurang mengamalkan kitar semula dalam kehidupan.


(c)
– Mengurangkan sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan sampah.

– Membantu meningkatkan jangka hayat produk yang boleh dikitar semula.

– Mengelakkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula.

– Mengurangkan kos bagi proses pelupusan sisa.

– Meningkatkan kadar kitar semula.

– Memelihara sumber semula jadi.

– Mengurangkan pencemaran alam sekitar dan mengekalkan kelestarian alam.

– Mendidik masyarakat agar menghargai sisa pepejal sebagai satu sumber ekonomi, tenaga dan artistik.

(mana-mana 4 jawapan)


Soalan 13:
(a) Prinsip Pascal menyatakan bahawa tekanan yang dikenakan ke atas sesuatu cecair boleh dipindahkan ke seluruh cecair itu dengan seragam. Prinsip Pascal lazimnya diaplikasikan dalam kehidupan harian seperti dalam operasi sistem hidraulik.

(i) Nyatakan dua prinsip asas sistem hidraulik. [2 markah]

(ii) Rajah 13.1 menunjukkan sejenis peralatan klinikal di sebuah klinik pergigian.


Berdasarkan Rajah 13.1, nyatakan dua kelebihan prinsip yang diaplikasikan pada peralatan klinikal tersebut. [2 markah]


(b) Rajah 13.2 menunjukkan bentuk bagi dua jenis kenderaan S dan T yang berbeza. 


Berdasarkan Rajah 13.2, bentuk bagi kenderaan yang manakah menggunakan Prinsip Bernoulli dalam kehidupan harian? Terangkan jawapan anda. [4 markah]

(c) Helikopter merupakan salah satu pengangkutan udara yang digunakan untuk perjalanan jarak dekat.
Kebanyakan helikopter moden menggunakan lima bilah rotor.

Huraikan kelebihan menggunakan lima bilah rotor. [4 markah]


Jawapan:
(a)(i)
– Cecair tidak mempunyai bentuk yang tetap.

– Cecair tidak boleh dimampatkan.

– Tekanan dipindahkan secara seragam ke semua arah berdasarkan prinsip Pascal.

– Mampu membuat kerja berat seperti menghasilkan daya output yang besar. 

(mana-mana 2 jawapan)

(a)(ii)
– Daya input yang kecil dikenakan apabila pedal ditekan bagi menghasilkan daya output yang besar (menaikkan kerusi pesakit).

– Daya yang besar dikenakan oleh pesakit semasa duduk dipindahkan sekata ke seluruh bahagian kerusi.


(b)
– Bentuk bagi kenderaan S

– Bentuk aerofoil kenderaan S menyebabkan pengaliran udara yang lebih laju di bahagian atas berbanding di bahagian bawah. 

– Bahagian atas kenderaan mempunyai halaju udara yang lebih tinggi dan tekanan udara yang rendah. Manakala, bahagian bawah kenderaan mempunyai halaju udara yang rendah dan tekanan yang tinggi.

– Ini menyebabkan kenderaan itu boleh bergerak laju di jalan raya.


(c) 
– Lebih stabil

– Dapat mengimbangkan kedudukan lebih baik

– Helikopter boleh terbang lebih tinggi

– Halaju 5 bilah rotor yang tinggi menghasilkan tekanan udara yang rendah.

Leave a Comment