Sains SPM 2021 (Kertas Sebenar), Kertas 2 (Bahagian B Soalan 8 – 10)


Soalan 8:
Rajah 8.1 menunjukkan perbualan antara tiga orang sahabat berkaitan Indeks Jisim Badan (BMI). 

(a) Berdasarkan Rajah 8.1,
(i) Hitungkan BMI bagi Zila. [1 markah]
$$ \left[\mathrm{BMI}=\frac{\text { Jisim badan }(\mathrm{kg})}{(\text { Ketinggian })^2\left(\mathrm{~m}^2\right)}\right] $$
= ………………………. kg m-2

(ii) Apakah kategori BMI bagi Zila? [1 markah]

(iii) Adakah Chen mengalami masalah jisim badan? Terangkan jawapan anda. [2 markah]


(b) Rajah 8.2 menunjukkan dua jenis menu Mdan N yang dihidangkan di kantin sekolah.

Pilih menu yang sesuai untuk Zila. Terangkan jawapan anda. [2 markah]


Jawapan:
(a)(i) 36.51 kg m-2

(a)(ii) Obesiti

(a)(iii) Ya kerana BMI Chen berada pada skala kurang daripada 18.5 (kurang jisim badan)

(b) Menu M kerana menu M merupakan Menu Pinggan Sihat
Malaysia/Konsep Suku Suku Separuh


Soalan 9:
Rajah 9.1 menunjukkan satu peristiwa yang berlaku di sebuah pasar raya.


Berdasarkan situasi dalam Rajah 9.1, pekerja itu mendapati bahawa kotak kasut di bahagian atas tidak berselerak.
Apakah hukum sains yang menyebabkan keadaan itu berlaku?
[1 markah]

(b) Pekerja itu cuba menuang pengilap kasut dari botol tetapi cecair tersebut tidak keluar.
Cadangkan tindakan yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini.
[1 markah]


(c) Rajah 9.2 menunjukkan dua cara pekerja itu memindahkan kotak kasut. 

Cara manakah yang terbaik untuk memindahkan semua kotak kasut?
Terangkan jawapan anda.
[2 markah]


(d) Selepas beberapa jam, pekerja itu memindahkan 5 kotak air mineral yang besar. Apabila troli berhenti secara tiba-tiba, kotak tersebut jatuh dan berselerak di atas lantai.
Cadangkan satu cara dengan melukis dan melabel bagaimana pekerja itu dapat mengatasi masalah tersebut dengan menggunakan bahan-bahan yang dibekalkan di bawah bagi memindahkan 5 kotak air mineral yang besar itu sekali gus.
[3 markah]


Jawapan:
(a) Inersia

(b) Menggoncang botol lebih kuat

(c) Cara N kerana susunan kotak itu lebih stabil/ menyebabkan kotak kasut tidak rosak

(d)




Soalan 10:
Jadual 10 menunjukkan keputusan ujian larutan metilena biru terhadap 50 ml bagi tiga sampel air yang berbeza di sebuah kawasan perumahan.

(a) Jenis sampel air manakah yang kurang tercemar? [1 markah]

(b) Larutan metilena biru dimasukkan ke dalam sampel air yang keempat. Didapati masa yang diambil untuk menyahwarnakan larutan metilena biru adalah lebih cepat berbanding dengan sampel air longkang.
Apakah yang menyebabkan warna larutan metilena biru luntur dengan cepat? [1 markah]


(c) Rajah 10 menunjukkan satu tindakan yang diambil oleh seorang ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan. [1 markah]


Wajarkan tindakan itu. [2 markah]


(d) Dengan menggunakan bahan-bahan yang diberikan, lengkapkan langkah-langkah untuk menghasilkan bebola lumpur mikroorganisma efektif dalam makmal sekolah.

Langkah-langkah:
1) ……………………………………
2) …………………………………..
3) …………………………………..
4) Masukkan bebola lumpur ke dalam sungai yang tercemar. 
[3 markah]


Jawapan:
(a) Air hujan

(b) Kandungan gas oksigen terlarut kurang dalam sampel air 

(c) Wajar kerana mikroorganisma efektif dapat merawat pencemaran air
                                                    atau
Tak wajar kerana mikroorganisma efektif dapat menjejaskan sumber air bersih kepada pengguna

(d)
(1) Campurkan tanah hitam, sisa makanan yang diperam, larutan madu dan kultur bakteria efektif ke dalam bekas plastik.

(2) Campuran semua bahan digaul dan dibentukkan menjadi bebola lumpur.

(3) Bebola lumpur disimpan di tempat yang gelap sehingga lapisan putih terbentuk di permukaan.

Leave a Comment