Sains SPM 2022 (Kertas Sebenar), Kertas 2 (Bahagian B Soalan 8 – 10)


Soalan 8:
(a) Industri kelapa sawit merupakan salah satu daripada empat penyumbang utama kepada ekonomi di Malaysia. Ini adalah kerana buah kelapa sawit mempunyai nilai komersial yang tinggi. 
(i) Nyatakan satu bahagian yang terdapat dalam buah kelapa sawit. [1 markah]

(ii) Terangkan bagaimana hasil daripada buah kelapa sawit boleh digunakan sebagai alternatif kepada sumber bahan api fosil. [2 markah]

(b) Jadual 5 menunjukkan komposisi dan ciri bagi bahan J, K dan L yang diperoleh daripada sumber yang berbeza.



(i) Seorang lelaki mengambil bahan L secara berlebihan selama 10 tahun sehingga dia mengalami masalah seperti dalam Rajah 7.


Berdasarkan Jadual 5, terangkan mengapa bahan L boleh menyebabkan masalah seperti dalam Rajah 7. [2 markah]

(ii) Berdasarkan Jadual 5, sebagai seorang doktor, pilih satu bahan yang boleh mengurangkan masalah lelaki tersebut. [1 markah]


Jawapan:
(a)(i) Tempurung/Isirung/Sabut

(a)(ii)
Fakta:
Penghasilan biodiesel/biogas

Penerangan:
Mengurangkan pencemaran alam sekitar/Minyak sawit ditambah di dalam petroleum dan diesel/Mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil.

(b)(i)
Fakta:
Mengandungi lemak tepu yang paling tinggi

Penerangan:
Lemak tepu meningkatkan aras kolestrol dalam darah/ Kolestrol terenap pada dinding salur darah

(b)(ii) Bahan J



Soalan 9:
(a) Peralatan perlindungan diri ialah kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan perlindungan daripada bahaya. Semasa pandemik COVID-19, satu inovasi peralatan perlindungan diri di makmal digunakan untuk meningkatkan keselamatan murid. Rajah 8.1 menunjukkan dua alat perlindungan diri P dan Q.

(i) Nyatakan fungsi alat perlindungan diri P. [1 markah]
(ii) Apakah kelebihan menggunakan alat inovasi Q? [1 markah]


(b) Sekumpulan murid menjalankan eksperimen berkaitan sistem pencernaan seekor tikus. Di akhir eksperimen itu, murid tersebut membalut sisa spesimen dengan kertas tisu sebelum dibungkus untuk dilupuskan. Rajah 8.2 menunjukkan dua bahan pembungkusan X dan Y yang digunakan untuk membungkus spesimen tersebut.


Berdasarkan Rajah 8.2 , pilih satu bahan pembungkusan yang betul dan terangkan. 
Pilihan: ………………………….
Penerangan: ………………………….
[2 markah]


(c) Kebakaran kecil telah berlaku semasa sesi amali di dalam sebuah bengkel.
Anda diminta untuk menyediakan satu alat yang boleh membantu untuk memadamkan api dengan menggunakan bahan berikut:
1. Plastik
2. Serbuk bikarbonat
3. Cuka
4. Gelang getah

Tuliskan langkah-langkah untuk menyediakan alat tersebut. 
1. …………………………
2. …………………………
3. ………………………….
4. Halakan mulut plastik ke arah api yang sedang menyala. 
[3 markah]


Jawapan:
(a)(i) Melindungi hidung dan mulut daripada terhidu debu,bahan kimia yang mudah meruap atau mikroorganisma.

(a)(ii) Dapat melindungi muka atau mata daripada terkena bahan kimia atau jangkitan.

(b) Pilihan: Y

Penerangan:
Beg plastik dapat mengelakkan cecair daripada tikus mengalir keluar.

(c)
1. Masukkan serbuk bikarbonat dan cuka ke dalam plastik.
2. Ikat plastik dengan kemas.
3. Biarkan tindak balas berlaku sehingga menghasilkan buih.


Soalan 10:
Rajah 9.1 menunjukkan perubahan keadaan sebuah kolam yang berhampiran dengan kawasan pertanian. 


(i) Nyatakan satu punca yang menyebabkan perubahan tersebut. [1 markah]

(ii) Pihak Jabatan Alam Sekitar telah mengambil tindakan undang-undang ke atas petani tersebut. Anda sebagai Pegawai Jabatan Alam Sekitar, cadangkan satu langkah yang boleh diambil oleh petani itu untuk mengatasi masalah tersebut. [1 markah]

(iii) Oleh kerana pencemaran tersebut tidak terkawal dan menyebabkan pencemaran secara berterusan, pihak berkuasa mengambil keputusan untuk menimbus kolam tersebut.
Nyatakan dua kesan ke atas tindakan tersebut. [2 markah]


(b) Larutan ekoenzim untuk pertanian boleh dihasilkan dengan menggunakan sisa buah-buahan dan sayur-sayuran.
Anda diminta untuk membina sebuah bekas bagi menghasilkan larutan ekoenzim di rumah dengan menggunakan bahan dalam Rajah 9.2.


Lakarkan binaan anda tanpa melabel dalam ruang yang disediakan. 
Terangkan binaan anda.
[3 markah]


Jawapan:
(a)(i) Baja berlebihan/ Racun berlebihan /Pestisid / Herbisid

(a)(ii) Mendapatkan khidmat nasihat tentang penggunaan baja dan racun dalam kuantiti yang betul/ Kurangkan penggunaan baja kimia dan racun serangga/ Guna kompos

(a)(iii) Kemusnahan habitat/ Ekosistem atau rantai makanan terganggu/Sumber air berkurang/ Kemusnahan hidupan akuatik.

(Terima mana-mana 2 jawapan) 


(b) Lakaran:
Penerangan:
1. Pili air diletakkan di bahagian bawah tong untuk membolehkan larutan diambil.

2. Jaring dawai diletakkan di dalam untuk mengasingkan sisa pepejal dan sisa cecair.

3. Botol minyak terpakai dicat hitam supaya dapat menghalang sinaran cahaya.

(terima 2 penerangan)

Leave a Comment