Sains SPM 2022 (Kertas Sebenar), Kertas 2 (Bahagian A Soalan 1 – 4)


Soalan 1:
Murid Tingkatan 4 Delima diminta untuk berlari 100 meter semasa latihan rumah sukan. Mereka diminta untuk mengambil bacaan kadar denyutan nadi (bpm) mereka dalam keadaan rehat sebelum larian. Jadual 1.1 dan Jadual 1.2 menunjukkan bacaan kadar denyutan nadi bagí sebahagian daripada murid kelas tersebut.



(a) Aktiviti tersebut merupakan satu penyiasatan yang adil,
(i) nyatakan satu faktor yang dimalarkan
[1 markah]

(ii) nyatakan satu inferens berdasarkan Jadual 1.1 dan Jadual 1.2
[1 markah]

(iii) ramalkan kadar denyutan nadi (bpm) Siti, sebaik sahaja dia menamatkan larian 100 m tersebut 
[1 markah]

(iv) nyatakan hubungan kadar denyutan nadi dengan jantina.
[1 markah]


(b) Rajah 1 menunjukkan perbualan antara Ahmad dan rakan sekelasnya Muthu. Kadar denyutan nadi dalam keadaan rehat mereka adalah sama.

Ahmad: Selepas tamat larian, kadar denyutan nadi saya ialah 70 bpm.

Muthu: Saya juga seorang atlet. Kadar denyutan nadi saya jauh lebih tinggi daripada kamu. 
Rajah 1

Apakah kesilapan yang mungkin dilakukan oleh Muthu semasa mengambil bacaan kadar denyutan nadinya selepas aktiviti berlari?
[1 markah]


Jawapan:
(a)(i) Umur murid/Jenis aktiviti/Jarak larian

(a)(ii) Kadar denyutan nadi atlet lebih rendah kerana otot jantungnya lebih kuat.

(a)(iii) Antara 91-200

(a)(iv) Kadar denyutan nadi perempuan lebih tinggi daripada lelaki.

(b) Masa mengira denyutan nadi lebih daripada 1 minit/ Salah mengira denyutan nadi/ Bacaan nadi diambil bukan dalam keadaan rehat.


Soalan 2:
Rajah 2.1 menunjukkan susunan radas bagi mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas antara 50 cm3 larutan natrium tiosulfat 0.2 mol dm-3 dengan 5 cm3 asid sulfurik 1.0 mol dm-3.

Jadual 2 menunjukkan masa untuk tanda ‘X‘ tidak kelihatan pada suhu yang berbeza.


(a) Berdasarkan Rajah 2.2, lengkapkan masa yang diambil untuk tanda ‘X‘ tidak kelihatan pada suhu 50oC dalam Jadual 2.



(b) Berdasarkan Jadual 2, lukis graf bagi suhu melawan masa yang diambil untuk tanda ‘X‘ tidak kelihatan. 
[2 markah]


(c) Apakah bacaan jam randik jika eksperimen ini diulang dengan menggunakan 50 cm3 larutan natrium tiosulfat 0.6 mol dm-3 pada suhu 40oC?
[1 markah]

(d) Pada akhir eksperimen ini, dapat disimpulkan bahawa semakin tinggi suhu, semakin singkat masa yang diambil untuk tanda ‘X‘ tidak kelihatan. Dengan menggunakan maklumat dalam Jadual 2, bagaimanakah anda boleh membuktikan bahawa kesimpulan tersebut adalah tepat?
[1 markah]

Jawapan:
(a) 14 s

(b)


(c) Kurang daripada 19 s

(d) Masa yang diambil untuk tanda ‘X‘ tidak kelihatan pada suhu 28 oC ialah 33 saat manakala pada suhu 45oC ialah 16 saat.


Soalan 3:
Rajah 3(a) dan Rajah 3(b) menunjukkan keputusan bagi suatu eksperimen. Dua kanta yang berlainan jenis yang mempunyai jarak fokus yang sama digunakan untuk memerhatikan imej bagi suatu objek jauh. 



Berdasarkan Rajah 3(a) dan Rajah 3(b), 
(i) nyatakan tujuan eksperimen [1 markah]

(ii) nyatakan satu cara bagaimana anda mengawal pemboleh ubah dimanipulasikan [1 markah]

(iii) nyatakan definisi secara operasi bagi kanta cembung [1 markah]

(b) Apakah ciri imej yang terbentuk pada Rajah 3(a)? [1 markah]

(c) Kanta cekung akan menghasilkan imej maya.
Berdasarkan keputusan eksperimen, apakah pemerhatian yang boleh menyokong pernyataan tersebut? [1 markah]


Jawapan:
(a)(i)
Untuk mengkaji ciri-ciri imej yang terbentuk oleh kanta cembung dan kanta cekung bagi objek jauh.

(a)(ii) Menggunakan dua jenis kanta yang berbeza.

(a)(iii) Kanta cembung ialah satu kanta yang menghasilkan imej pada skrin putih apabila objek diletakkan sejauh 2 meter.

(b) Nyata/ Sahih/ Songsang/ Lebih kecil
(mana-mana satu jawapan)

(c) Tiada imej terbentuk pada skrin putih.


Soalan 4:
Rajah 4(a) dan Rajah 4(b) menunjukkan dua sel kimia ringkas. 


(a) Berdasarkan pasangan jalur logam dalam Rajah 4(a) dan Rajah 4(b), kelaskan keempat-empat jalur logam mengikut terminal yang betul. [2 markah]



(b) Berdasarkan Rajah 4(a), didapati bahawa terdapat pepejal kuprum terbentuk dan terenap pada jalur kuprum selepas beberapa minit.
Mengapakah pemerhatian tersebut berlaku? [1 markah]

(c) Sekiranya jalur logam stanum dalam Rajah 4(b) ditukarkan kepada ferum, ramalkan perubahan kecerahan mentol pada set tersebut. [1 markah]

(d) Seorang murid telah mengaplikasikan konsep sel kimia tersebut dengan menggunakan jus oren sebagai elektrolit.
Bagaimanakah kaedah ini boleh menyalakan sebiji mentol? [1 markah]


Jawapan:
(a)

4 betul- 2 markah
3-2 betul- 1 markah
1-0 betul – 0 markah

(b) Elektron dari magnesium diterima oleh ion kuprum(II).

(c) Mentol menyala lebih malap.

(d) Jus oren mempunyai mineral terlarut yang bertindak sebagai elektrolit.

Leave a Comment