Sains SPM 2024 (Kertas Sebenar), Kertas 2 (Soalan 4)


Soalan 4:
Rajah 4.1 menunjukkan dua bacaan jam randik digital bagi masa yang diambil untuk melunturkan warna 1 cm3 larutan metilena biru bagi dua sampel air. 


(a) Berdasarkan Rajah 4.1 nyatakan satu pemerhatian untuk sampel air sungai. [1 markah]

(b) Nyatakan satu sebab bagi jawapan anda di 4(a). [1 markah]

(c) Nyatakan satu cara untuk mengawal pemboleh ubah yang dimalarkan. [1 markah]


(d) Rajah 4.2 menunjukkan masa yang diambil untuk melunturkan 1 cm3 larutan metilena biru bagi sampel air M.


Berdasarkan maklumat dalam Rajah 4.1 dan Rajah 4.2, susun sampel air mengikut tahap pencemaran air secara tertib menaik. [1 markah]


(e) Berikut merupakan satu pernyataan berkaitan dengan eksperimen itu. 

Berdasarkan keputusan eksperimen, nyatakan satu bukti yang boleh menyokong pernyataan tersebut. [1 markah]


Jawapan:
(a) Masa yang diambil untuk melunturkan warna larutan metilena biru dalam sampel air sungai adalah 60 minit, lebih cepat berbanding air tasik.

Penjelasan:
Seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.1

(b) Masa yang diambil untuk melunturkan warna larutan metilena biru dalam sampel air sungai adalah 60 minit kerana kerana kandungan oksigen terlarut yang lebih rendah dalam air sungai berbanding air tasik. 

Penjelasan:
Air sungai mungkin mengandungi lebih banyak bahan organik atau mikroorganisma yang membantu dalam penguraian warna larutan biru metilena dengan lebih cepat berbanding dengan air tasik.


(c) Gunakan isi padu larutan metilena biru yang sama bagi setiap sampel air. 

Penjelasan:
Supaya keputusan masa penyahwarnaan hanya dipengaruhi oleh jenis sampel air, bukan oleh perbezaan isi padu metilena biru.


(d) Sampel air tasik → Sampel air sungai → Sampel air M

Penjelasan :
Semakin singkat masa yang diambil, semakin tinggi tahap pencemaran.
Oleh itu, sampel air tasik yang mengambil masa 90 saat menunjukkan tahap pencemaran yang paling rendah, diikuti oleh sampel air sungai dan kemudian sampel air M yang menunjukkan tahap pencemaran paling tinggi.

(e) Air tasik mengambil masa yang lebih lama ( 90 minit) untuk melunturkan warna larutan metilena biru berbanding air sungai ( 60 minit).

Penjelasan:
Masa penyahwarnaan/pelunturan yang lebih lama dalam air tasik ( 90 minit) adalah bukti yang menyokong pernyataan: air tasik kurang tercemar dan oleh itu lebih selamat.


Leave a Comment