Soalan 1:
Rajah 1.1 menunjukkan eksperimen bagi sejenis logam tulen dan aloi.
(a) Berdasarkan eksperimen itu,
(i) nyatakan satu pemboleh ubah dimanipulasikan [1 markah]
(ii) nyatakan satu pemerhatian selepas empat minggu pada tabung uji P [1 markah]
(iii) nyatakan satu inferens terhadap pemerhatian di 1(a)(ii). [1 markah]
(b) Rajah 1.2 menunjukkan tabung uji P selepas dibiarkan selama lapan minggu.

Nyatakan hubungan antara bilangan hari dengan jumlah mendakan perang pada cincin besi. [1 markah]
(c) Pernyataan berikut menunjukkan kesimpulan bagi eksperimen itu.

Berdasarkan Rajah 1.1, nyatakan satu bukti yang menunjukkan kesimpulan tersebut adalah tepat. [1 markah]
Jawapan:
(a)(i) Jenis logam (cincin besi dan cincin keluli)
(ii) Selepas empat minggu, cincin besi dalam tabung uji P menunjukkan lapisan perang yang terbentuk di permukaan cincin besi.
(iii) Lapisan perang// mendakan yang terbentuk di sekeliling dan permukaan cincin besi dalam tabung uji P menunjukkan bahawa proses pengoksidaan/ pengaratan telah berlaku pada cincin besi.
(b) Semakin lama cincin besi terdedah kepada air dan udara, semakin banyak mendakan perang yang terbentuk.
(c)
Tiada perubahan yang berlaku pada cincin keluli dalam tabung uji Q selepas empat minggu, manakala cincin besi dalam tabung uji P menunjukkan lapisan perang.
Rajah 1.1 menunjukkan eksperimen bagi sejenis logam tulen dan aloi.
(a) Berdasarkan eksperimen itu, (i) nyatakan satu pemboleh ubah dimanipulasikan [1 markah]
(ii) nyatakan satu pemerhatian selepas empat minggu pada tabung uji P [1 markah]
(iii) nyatakan satu inferens terhadap pemerhatian di 1(a)(ii). [1 markah]
(b) Rajah 1.2 menunjukkan tabung uji P selepas dibiarkan selama lapan minggu.

Nyatakan hubungan antara bilangan hari dengan jumlah mendakan perang pada cincin besi. [1 markah]
(c) Pernyataan berikut menunjukkan kesimpulan bagi eksperimen itu.

Berdasarkan Rajah 1.1, nyatakan satu bukti yang menunjukkan kesimpulan tersebut adalah tepat. [1 markah]
Jawapan:
(a)(i) Jenis logam (cincin besi dan cincin keluli)
(ii) Selepas empat minggu, cincin besi dalam tabung uji P menunjukkan lapisan perang yang terbentuk di permukaan cincin besi.
(iii) Lapisan perang// mendakan yang terbentuk di sekeliling dan permukaan cincin besi dalam tabung uji P menunjukkan bahawa proses pengoksidaan/ pengaratan telah berlaku pada cincin besi.
(b) Semakin lama cincin besi terdedah kepada air dan udara, semakin banyak mendakan perang yang terbentuk.
(c)
Tiada perubahan yang berlaku pada cincin keluli dalam tabung uji Q selepas empat minggu, manakala cincin besi dalam tabung uji P menunjukkan lapisan perang.
Soalan 2:
Jadual 1 menunjukkan keputusan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara jisim dengan inersia.

(a) Rajah 2 menunjukkan bacaan jam randik bagi 5 ayunan lengkap untuk 50 g plastisin.

Nyatakan bacaan jam randik pada Rajah 2. [1 markah]
(b) Ramalkan masa yang diambil untuk 5 ayunan lengkap jika jisim plastisin ialah 25 g . [1 markah]
(c) Berdasarkan Jadual 1, lukiskan graf garis bagi masa yang diambil untuk 5 ayunan lengkap melawan jisim plastisin. [2 markah]

(d) Berikut merupakan satu pernyataan berkaitan dengan eksperimen tersebut.

Berdasarkan eksperimen itu, bagaimanakah anda boleh membuktikan pernyataan tersebut? [1 markah]
Jawapan:
(a) 41 saat
(b) 29 saat
(c) Lukiskan graf garis bagi masa yang diambil untuk 5 ayunan lengkap melawan jisim plastisin.

1. Semua titik dipindahkan dengan betul
2. Semua titik disambungkan dan bentuk graf linear
(d) Jika jisim plastisin yang digunakan adalah 20 g , didapati masa yang diambil oleh plastisin untuk 5 ayunan lengkap adalah 26 saat berbanding jika jisim plastisin yang digunakan adalah 60 g , masa yang dimbil plastisin untuk 5 ayunan lengkap adalah 46 s .

Soalan 3:
Seorang murid menyiasat kesan pengoksidaan hirisan buah pear dalam larutan berbeza seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.

(a) Berdasarkan eksperimen dalam Rajah 3,
(i) nyatakan satu pemboleh ubah bergerak balas [1 markah]
(ii) nyatakan satu cara mengawal pemboleh ubah di 3(a)(i) [1 markah]
(iii) nyatakan definisi secara operasi bagi proses pengoksidaan hirisan buah pear dari aspek apa yang diperhatikan dan dilakukan [1 markah]
(iv) nyatakan satu kesimpulan. [1 markah]
(b) Murid tersebut menyediakan satu set kawalan dengan meletakkan sehiris buah pear ke dalam sebuah bikar tanpa larutan pada awal eksperimen.
Nyatakan fungsi set kawalan tersebut dalam eksperimen ini. [1 markah]
Jawapan:
(a)(i) Warna hirisan buah pear selepas direndam dalam larutan dan dibiarkan terdedah kepada udara selama 15 minit.
Penjelasan:
Dalam eksperimen ini, perubahan warna hirisan buah pear menunjukkan kesan pengoksidaan yang berlaku dalam larutan yang berbeza. Ini menunjukkan bahawa warna adalah pemboleh ubah yang bergerak balas terhadap pengoksidaan.
(a)(ii) Memerhatikan keadaan warna kedua-dua hirisan pear yang direndam dalam dua jenis larutan berbeza (larutan gula dan larutan limau nipis) selepas 15 minit terdedah kepada udara.
Penjelasan:
Dengan memerhatikan kedua-dua hirisan pear pada masa yang sama, kita dapat memastikan bahawa sebarang perubahan warna adalah disebabkan oleh larutan yang digunakan dan bukan oleh faktor lain.
(a)(iii) Proses pengoksidaan hirisan buah pear adalah proses perubahan warna hirisan buah pear dari putih kepada perang selepas direndam dalam larutan gula selama 15 minit.
Penjelasan:
Pernyataan ini jelas menunjukkan perubahan yang berlaku akibat pengoksidaan, dan masa yang ditetapkan memberikan konteks yang tepat untuk mengukur kesan larutan terhadap hirisan buah pear
(a)(iv) Jus limau nipis dapat menghalang pengoksidaan hirisan buah pear (larutan antioksidan), manakala larutan gula tidak menghalangnya (bukan larutan antioksidan).
Penjelasan:
Jus limau nipis merupakan larutan antioksidan yang melambatkan tindak balas pengoksidaan.
(b) Untuk menunjukkan perubahan warna hirisan buah pear yang berlaku secara semula jadi akibat pengoksidaan tanpa sebarang larutan.
Penjelasan:
Set kawalan membantu membandingkan kesan larutan (seperti 1 larutan gula atau jus limau nipis) dengan keadaan asal tanpa sebarang larutan, supaya kita boleh menentukan sama ada larutan tersebut benar-benar menghalang atau melambatkan pengoksidaan.

Soalan 4:
Rajah 4.1 menunjukkan dua bacaan jam randik digital bagi masa yang diambil untuk melunturkan warna 1 cm3 larutan metilena biru bagi dua sampel air.

(a) Berdasarkan Rajah 4.1 nyatakan satu pemerhatian untuk sampel air sungai. [1 markah]
(b) Nyatakan satu sebab bagi jawapan anda di 4(a). [1 markah]
(c) Nyatakan satu cara untuk mengawal pemboleh ubah yang dimalarkan. [1 markah]
(d) Rajah 4.2 menunjukkan masa yang diambil untuk melunturkan 1 cm3 larutan metilena biru bagi sampel air M.

Berdasarkan maklumat dalam Rajah 4.1 dan Rajah 4.2, susun sampel air mengikut tahap pencemaran air secara tertib menaik. [1 markah]
(e) Berikut merupakan satu pernyataan berkaitan dengan eksperimen itu.
Berdasarkan keputusan eksperimen, nyatakan satu bukti yang boleh menyokong pernyataan tersebut. [1 markah]
Jawapan:
(a) Masa yang diambil untuk melunturkan warna larutan metilena biru dalam sampel air sungai adalah 60 minit, lebih cepat berbanding air tasik.
Penjelasan:
Seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.1
(b) Masa yang diambil untuk melunturkan warna larutan metilena biru dalam sampel air sungai adalah 60 minit kerana kerana kandungan oksigen terlarut yang lebih rendah dalam air sungai berbanding air tasik.
Penjelasan:
Air sungai mungkin mengandungi lebih banyak bahan organik atau mikroorganisma yang membantu dalam penguraian warna larutan biru metilena dengan lebih cepat berbanding dengan air tasik.
(c) Gunakan isi padu larutan metilena biru yang sama bagi setiap sampel air.
Penjelasan:
Supaya keputusan masa penyahwarnaan hanya dipengaruhi oleh jenis sampel air, bukan oleh perbezaan isi padu metilena biru.
(d) Sampel air tasik → Sampel air sungai → Sampel air M
Penjelasan :
Semakin singkat masa yang diambil, semakin tinggi tahap pencemaran.
Oleh itu, sampel air tasik yang mengambil masa 90 saat menunjukkan tahap pencemaran yang paling rendah, diikuti oleh sampel air sungai dan kemudian sampel air M yang menunjukkan tahap pencemaran paling tinggi.
(e) Air tasik mengambil masa yang lebih lama ( 90 minit) untuk melunturkan warna larutan metilena biru berbanding air sungai ( 60 minit).
Penjelasan:
Masa penyahwarnaan/pelunturan yang lebih lama dalam air tasik ( 90 minit) adalah bukti yang menyokong pernyataan: air tasik kurang tercemar dan oleh itu lebih selamat.
Rajah 4.1 menunjukkan dua bacaan jam randik digital bagi masa yang diambil untuk melunturkan warna 1 cm3 larutan metilena biru bagi dua sampel air.

(a) Berdasarkan Rajah 4.1 nyatakan satu pemerhatian untuk sampel air sungai. [1 markah]
(b) Nyatakan satu sebab bagi jawapan anda di 4(a). [1 markah]
(c) Nyatakan satu cara untuk mengawal pemboleh ubah yang dimalarkan. [1 markah]
(d) Rajah 4.2 menunjukkan masa yang diambil untuk melunturkan 1 cm3 larutan metilena biru bagi sampel air M.

Berdasarkan maklumat dalam Rajah 4.1 dan Rajah 4.2, susun sampel air mengikut tahap pencemaran air secara tertib menaik. [1 markah]
(e) Berikut merupakan satu pernyataan berkaitan dengan eksperimen itu.
Berdasarkan keputusan eksperimen, nyatakan satu bukti yang boleh menyokong pernyataan tersebut. [1 markah]Jawapan: