Praktis Formatif 2.2 – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 2


Soalan 1:
Terangkan maksud Heimlich Manoeuvre.

Jawapan:
Bantuan kecemasan yang dilakukan untuk menyelamatkan seseorang individu yang tercekik.


Soalan 2:

Amirul sedang makan di restoran dengan datuk. Tiba-tiba, datuknya menunjukkan tanda tercekik.

Apakah yang perlu dilakukan oleh Amirul untuk menolong datuknya? Penerangan anda hendaklah merangkumi semua langkah yang diambil.

Jawapan:
Amirul perlu membantu datuknya menggunakan kaedah Heimlich Manoeuvre.

Mula-mula, Amirul perlu berdiri di belakang datuknya dan membongkokkan badan datuk sedikit ke hadapan.

Kemudian, tangan dikelilingkan dari belakang datuk dan tangan kanan digenggam. Genggaman tangan kanan diletakkan di antara pusat dengan bawah rusuk datuknya. Tangan kiri diletakkan di atas tangan kanan yang digenggam.

Seterusnya, tekan dan sentak ke atas dengan cepat dan kuat. Tekanan yang diberikan akan menambahkan tekanan di dalam peparu, menyebabkan bendasing tertolak keluar.


Soalan 3:
Apakah kepentingan mempelajari kaedah Heimlich Manoeuvre?

Jawapan:
Memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa yang tercekik supaya oksigen dapat disalurkan ke otak bagi mengelakkan kerosakan otak dan kematian.

Leave a Comment