Praktis Sumatif (Soalan 2, 3, 4 & 5) – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 7

Soalan 2:
Rajah 2 menunjukkan sebahagian sistem endokrin bagi seorang perempuan.


(a)(i) Namakan hormon-hormon yang dihasilkan oleh kelenjar Y.

(a)(ii) Nyatakan satu fungsi bagi setiap hormon yang dinyatakan dalam soalan 2(a)(i).

(b) Walaupun kelenjar Y wujud sejak lahir, kelenjar itu tidak aktif. Bilakah kelenjar Y menjadi aktif?

(c)(i) Namakan kelenjar endokrin bagi lelaki yang turut tidak aktif semasa lahir.

(c)(ii) Terangkan fungsi hormon yang dirembeskan oleh kelenjar yang anda nyatakan dalam soalan 2(c)(i)


Jawapan:
(a)(i)
Estrogen, progesteron

(a)(ii)
1. Menggalakkan perkembangan ciri-ciri seks sekunder perempuan

2. Menyediakan uterus untuk penempelan embrio

(b)
Selepas akil baligh

(c)(i)
Testis

(c)(ii) Mengawal perkembangan ciri-ciri seks sekunder lelaki seperti suara yang garau dan pertumbuhan misai

Soalan 3:
Minum kopi secara berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan. Terangkan sebabnya.

Jawapan:
Kopi mengandungi kafeina yang berbahaya jika diambil secara berlebihan.

Soalan 4:
Seorang wanita yang sedang hamil didapati seorang penagih alkohol.

Apakah kemungkinan yang akan berlaku kepada fetus di dalam kandungannya?

Jawapan:
Alkohol yang masuk ke dalam fetus melalui plasenta boleh mengakibatkan pelbagai gangguan kepada fetus yang disebut Foetal Alcohol Spectrum Disorder (FASD). Fetus boleh mengalami kecacatan atau pembentukan yang tidak sempurna pada bahagian muka di samping pelbagai kecacatan lain, kegagalan pada tumbesaran dan gangguan pada fungsi atau struktur sistem saraf pusat.

Soalan 5:
Seorang rakan anda telah menceritakan bahawa dia berasa tertekan kerana masalah keluarga.

Sebagai seorang rakan sekelas, apakah tindakan atau pertolongan yang boleh anda lakukan untuk membantu rakan anda itu?

Jawapan:
Menasihatinya agar berjumpa dengan guru kaunseling.

Leave a Comment