Praktis Sumatif 7 (Soalan 1) – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 7

Soalan 1:
Rajah 1 menunjukkan sistem endokrin manusia.


(a) Nyatakan kelenjar yang merupakan kelenjar induk dalam sistem endokrin manusia.

(b)(i) Namakan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar Q.

(b)(ii) Nyatakan kesan pada manusia jika hormon dalam soalan 1(b)(i) tidak dirembeskan secukupnya ke dalam badan.

(c)(i) Namakan kelenjar R.
(c)(ii) Nyatakan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar R.
(c)(iii) Bagaimanakah kegagalan kelenjar R berfungsi boleh menyebabkan seseorang itu mengalami penyakit diabetes melitus?

(d) Namakan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar S.


Jawapan:
(a)
P – Kelenjar pituitari

(b)(i)
Tiroksina

(b)(ii)
• Kadar metabolisme rendah

• Perkembangan mental dan fizikal terbantut pada kanak-kanak (kreatinisme)

• Kurang tenaga pada orang dewasa (miksedema)

• Cenderung menjadi gemuk dan goiter

(c)(i)
Pankreas

(c)(ii)
Insulin

(c)(iii)
• Kurang hormon insulin dirembeskan

• Glukosa berlebihan dalam darah tidak dapat ditukar menjadi glikogen

• Hal ini menyebabkan aras glukosa dalam darah meningkat

(d) Hormon testosteron

Leave a Comment