Praktis Formatif 7.3 – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 7

Soalan 1:
Apakah maksud minda?

Jawapan:
Minda ialah fungsi otak yang berkaitan dengan kesedaran kita seperti personaliti, pemikiran, ingatan, pertimbangan, intelek dan emosi.

Soalan 2:
Senaraikan lima ciri minda yang sihat dan baik.

Jawapan:
Lima ciri minda yang sihat dan baik:

• boleh berfikir dan membuat pertimbangan yang wajar

• mampu mengesan rangsangan dan bergerak balas dengan sewajarnya

• boleh mengingati peristiwa silam yang sedih dan gembira

• boleh membezakan antara yang betul dengan yang salah

• berfikiran terbuka dan tidak emosional

Soalan 3:
Terangkan ketidakseimbangan hormon yang boleh menjejaskan minda.

Jawapan:
Ketidakseimbangan hormon mempengaruhi kesihatan minda. Hormon yang berlebihan dan kekurangan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin akan menyebabkan ketidakseimbangan fungsi tubuh. Sebagai contoh, seorang wanita yang mengalami sindrom prahaid mengalami ketidakseimbangan hormon estrogen dan progesteron yang dirembeskan oleh ovari. Oleh itu, wanita tersebut akan cepat marah, sakit kepala dan murung.

Soalan 4:
Nyatakan tiga faktor yang mempengaruhi kesihatan minda.

Jawapan:
• Pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan

• Penyalahgunaan dadah

• Penuaan

Leave a Comment