Praktis Sumatif 3 (Soalan 4 – 6) – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 3

Soalan 4:
Fareeza telah menjalankan pemeriksaan denyutan nadi secara berkala di sebuah hospital.

(a) Pada bahagian manakah biasanya bacaan nadi diambil oleh jururawat?

(b) Sekiranya Fareeza berumur 22 tahun yang merupakan seorang atlet terlatih, ramalkan kadar denyutan nadi Fareeza.

(c) Di samping membuat pemeriksaan denyutan nadi, Fareeza juga telah membuat pemeriksaan tekanan darah. Dia mendapati bahawa tekanan darahnya adalah normal. Ramalkan bacaan tekanan darah Fareeza.

(d) Bagaimanakah Fareeza boleh memastikan dia sentiasa sihat?


Jawapan:
(a) Pergelangan tangan

(b) 60 – 65 denyutan per minit

(c) 120/80 mmHg

(d) Fareeza hendaklah melakukan pemeriksaan berkala di klinik ataupun hospital.

Soalan 5:
Siva telah memeriksa tekanan darahnya untuk 3 hari berturut-turut. Dia mendapati tekanan darahnya adalah lebih kurang 150/95 mmHg setiap hari.

(a) Berapakah tekanan darah seseorang yang normal?
(b) Berdasarkan maklumat di atas, nyatakan satu inferens berdasarkan keadaan Siva.
(c) Apakah yang perlu dilakukan oleh Siva seterusnya?


Jawapan:
(a) 120/80 mmHg

(b) Bacaan tekanan darah Siva lebih tinggi daripada orang yang sihat kerana dia mungkin mengalami penyakit tekanan darah tinggi.

(c) Siva perlu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
(terima mana-mana jawapan yang sesuai)

Soalan 6:
Biasanya, penyakit tekanan darah tinggi tidak menunjukkan tanda yang jelas, tetapi jika penyakit tekanan darah tinggi tidak dikawal dengan baik, keadaan ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain seperti serangan jantung dan strok.

(a) Nyatakan masalah kesihatan lain yang mungkin akan dihadapi oleh pesakit tekanan darah tinggi.
(b) Apakah alat yang digunakan untuk mengukur tekanan darah?
(c) Nyatakan perbezaan antara tekanan sistolik dengan tekanan diastolik.


Jawapan:
(a) Kerosakan organ

(b) Sfigmomanometer

(c) Tekanan sistolik ialah tekanan darah ketika otot jantung mengecut.
Tekanan diastolik ialah tekanan darah ketika otot jantung berehat.

Leave a Comment