Praktis Sumatif 2 (Soalan 1 & 2) – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 2


Soalan 1:
Rajah 1 menunjukkan dua kaedah bantuan kecemasan, P dan Q.

Rajah 1

(a) Nyatakan kaedah bantuan kecemasan P dan Q.
(b) Apakah kesan kepada kedua-dua mangsa sekiranya tiada orang yang sanggup memberikan bantuan dengan segera?


Jawapan:
(a) P: Resusitasi kardiopulmonari (Cardiopulmonary resuscitation, CPR)
Q: Heimlich Manoeuvre

(b) Mangsa akan mengalami kerosakan otak kerana tidak menerima bekalan oksigen yang mencukupi dalam badan dan otak dalam tempoh tertentu.

Soalan 2:
Ronnie terjatuh ke dalam sungai ketika melalui titi. Ketika kejadian, Khairul turut melalui titi tersebut dan berjaya menarik Ronnie keluar dari sungai itu.

Rajah 2

(a) Apakah bantuan kecemasan yang perlu dilakukan oleh Khairul jika didapati Ronnie pengsan dan tiada denyutan nadi selepas dikeluarkan dari sungai itu?

(b) Jika Khairul berjaya melakukan bantuan kecemasan yang anda nyatakan dalam soalan 2(a) kepada Ronnie, apakah langkah seterusnya yang perlu diambil?


Jawapan:
(a) CPR

(b) Ubah kedudukan badan mangsa dalam keadaan mengiring dan tunggu sehingga ambulans tiba.

Leave a Comment