Soalan 1:
Seorang murid menjalankan satu eksperimen yang adil untuk mengkaji pola pertumbuhan kacang hijau. Rajah 1.1 menunjukkan pertumbuhan satu anak benih kacang hijau tersebut.

(a) Berdasarkan eksperimen itu,
(i) nyatakan apa yang boleh diperhatikan
[1 markah]
(ii) nyatakan satu hipotesis
[1 markah]
(iii) nyatakan pemboleh ubah dimanipulasikan
[1 markah]
(iv) nyatakan pemboleh ubah dimalarkan
[1 markah]
(b) Anak benih kacang hijau dibungkus secara vakum selepas hari ke-5. Graf pertumbuhan anak benih kacang hijau adalah seperti dalam Rajah 1.2.

Didapati graf dalam Rajah 1.2 tidak menepati pola pertumbuhan tumbuhan. Bahagian manakah pada graf tersebut menyokong dapatan tersebut? I
[1 markah]
Jawapan:
(a)(i)
Ketinggian anak benih /Panjang akar / Bilangan daun
(a)(ii)
Semakin bertambah hari /tempoh / masa, semakin bertambah ketinggian anak benih / panjang akar / bilangan daun
(a)(iii)
Bilangan hari / Masa / Tempoh
(a)(iv)
Jenis anak benih / Suhu / Kelembapan / Kehadiran udara / Nilai pH
(b)
Ketinggian anak benih mendatar selepas hari ke-5

Soalan 2:
Rajah 2.1 menunjukkan satu eksperimen yang dijalankan oleh seorang murid untuk mengkaji nilai kalori dalam satu sampel makanan.
(a) Berdasarkan Rajah 2.1,
(i) nyatakan pemerhatian anda terhadap perubahan bacaan termometer
[1 markah]
(ii) rekod bacaan akhir termometer.
………………. oC
[1 markah]
(b) Pemboleh ubah bergerak balas dalam eksperimen ini adalah perubahan suhu air.
Nyatakan satu cara mengawal pemboleh ubah tersebut.
[1 markah]
(c) Murid tersebut mengulangi eksperimen dengan menggantikan kacang tanah kepada ikan bilis. Ramalkan suhu akhir air jika suhu awal ialah 27 oC.
[1 markah]
(d) Murid tersebut meneruskan eksperimen dengan menggunakan sampel makanan yang berlainan. Jadual 1 menunjukkan keputusan eksperimen tersebut.

Berdasarkan Jadual 1 , murid tersebut membuat kesimpulan bahawa daging bakar mempunyai nilai kalori yang lebih tinggi. Kesimpulan itu tidak boleh diterima kerana secara teori, keju mempunyai nilai kalori yang lebih tinggi.
Nyatakan mengapa kesimpulan yang dibuat oleh murid itu tidak boleh diterima.
[1 markah]
Jawapan:
(a)(i) Bacaan termometer meningkat/bertambah/menaik
(a)(ii) 59
(b) Mengukur perubahan suhu air dengan menggunakan termometer
(c) Suhu kurang daripada 59 oC
(d) Menggunakan jisim sampel makanan yang berbeza

Soalan 3:
Rajah 3.1 menunjukkan susunan radas untuk mengkaji kekerasan bongkah gangsa dan bongkah kuprum.

(a) Rajah 3.2 menunjukkan keputusan eksperimen.

Ukur diameter lekuk bagi bongkah gangsa dan bongkah kuprum.
Gangsa: ……………. cm
Kuprum: ……………. cm
[2 markah]
(b) Kekerasan logam adalah berdasarkan diameter lekuk yang terhasil.
(i) Bongkah manakah yang menghasilkan diameter lekuk yang lebih besar?
[1 markah]
(ii) Bandingkan kekerasan kedua-dua bongkah.
[1 markah]
(iii) Gangsa selalu dipilih sebagai bahan binaan untuk membina tugu. Berdasarkan pemerhatian dalam Rajah 3.2, mengapakah pilihan tersebut dilakukan?
[1 markah]
Jawapan:
(a)
Gangsa : 0.9
Kuprum : 1.4
(b)(i)
Bongkah kuprum
(b)(ii)
Bongkah gangsa lebih keras daripada bongkah kuprum / Bongkah kuprum lebih lembut daripada bongkah gangsa
(b)(iii)
Gangsa lebih keras / lebih kuat

Soalan 4:
Rajah 4.1 menunjukkan susunan radas bagi satu eksperimen yang dijalankan oleh seorang murid.

Rajah 4.2 menunjukkan graf yang diplot berdasarkan keputusan eksperimen.

Berdasarkan graf dalam Rajah 4.2 , nyatakan
(i) jisim plastisin yang boleh menghasilkan masa yang paling panjang untuk 10 ayunan lengkap
[1 markah]
(ii) jisim plastisin yang mempunyai inersia yang paling besar
[1 markah]
(iii) masa diambil untuk 10 ayunan lengkap jika murid menggunakan plastisin berjisim 35 g.
[1 markah]
(b) Semakin besar jisim objek, semakin besar inersia objek.
Dengan merujuk kepada graf dalam Rajah 4.2 , buktikan pernyataan itu.
[1 markah]
(c) Nyatakan satu radas yang boleh digunakan untuk mengukur masa bagi 10 ayunan lengkap.
[1 markah]
Jawapan:
(a)(i) 60 g
(a)(ii) 60 g
(a)(iii) 15 s
(b) Semakin besar jisim, semakin panjang/ bertambah/ besar masa yang diambil untuk 10 ayunan lengkap
(c) Jam randik