Praktis Formatif 3.4 – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 3

Soalan 1:
Apakah maksud Indeks Jisim Badan (BMI)?

Jawapan:
Ukuran jisim badan berbanding dengan ketinggian.

Soalan 2:
Apakah kepentingan mengira Indeks Jisim Badan?

Jawapan:
Dapat mencegah kemungkinan mendapat penyakit yang serius.

Soalan 3:
Jika anda mempunyai BMI 30.0, dalam kategori manakah anda dikelaskan?

Jawapan:
Obes

Soalan 4:
Apakah risiko sekiranya kita mengalami obesiti?

Jawapan:
Meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit serius seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, diabetes melitus, kanser dan sebagainya.

Soalan 5:
Jika kita kurang berat badan, adakah kita akan terlepas daripada menghadapi masalah kesihatan? Wajarkan jawapan anda.

Jawapan:
Tidak. Kekurangan berat badan juga boleh menambahkan risiko mendapat penyakit serius seperti penyakit jantung, penurunan ketahanan badan melawan jangkitan, keletihan, anemia, kemurungan dan penyakit-penyakit yang lain.

Leave a Comment