Praktis Formatif 7.1 – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 7


7.1 Sistem Endokrin Manusia

Soalan 1:
Nyatakan maksud hormon.

Jawapan:
Hormon ialah sejenis bahan kimia organik yang dirembeskan oleh kelenjar endokrin.

Soalan 2:
Nyatakan kelenjar-kelenjar endokrin utama di dalam badan manusia.

Jawapan:
Kelenjar endokrin utama di dalam badan manusia ialah kelenjar pituitari, kelenjar tiroid, kelenjar adrenal, pankreas, ovari dan testis.

Soalan 3:
Namakan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar berikut:
(a) Kelenjar adrenal
(b) Pankreas
(c) Testis
(d) Kelenjar tiroid

Jawapan:
(a) Kelenjar adrenal: adrenalina
(b) Pankreas: insulin
(c) Testis: testosteron
(d) Kelenjar tiroid: tiroksina

Soalan 4:
Apakah fungsi hormon yang dihasilkan oleh kelenjar berikut?
(a) Kelenjar tiroid
(b) Ovari
(c) Pankreas

Jawapan:
Fungsi hormon:
(a) kelenjar tiroid: Tiroksina – mengawal kadar metabolisme badan

(b) Ovari: Progesteron – mengekalkan ketebalan uterus untuk penempelan embrio
                         Estrogen – mengawal ciri-ciri seks sekunder perempuan

(c) pankreas: Insulin – mengawal aras gula di dalam darah

Leave a Comment