Praktis Sumatif 3 (Soalan 7 – 9) – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 3

Soalan 7:
Azni berumur 27 tahun. Dia mendapati suhu badannya tidak konsisten. Adakah Azni boleh menggunakan termometer rektal bagi menyukat suhu badannya?


Jawapan:
Boleh. Walaupun termometer rektal biasa digunakan untuk kanak-kanak kurang daripada 3 bulan, orang dewasa juga boleh menggunakan termometer rektal untuk mendapat bacaan yang lebih tepat.

Soalan 8:
Jisim badan berlebihan boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit serius yang lain.

(a) Nyatakan lima penyakit serius yang boleh terjadi sekiranya anda mempunyai masalah jisim badan berlebihan.

(b) Nur Antasya mempunyai jisim badan berlebihan. Sekiranya anda pakar pemakanan yang sedang merawatnya, nyatakan nasihat yang akan anda berikan kepadanya.


Jawapan:
(a) Serangan jantung, tekanan darah tinggi, strok, kencing manis, komplikasi sendi dan tulang.

(b) Nur Antasya boleh menurunkan berat badannya dengan mencuba langkahlangkah berikut:

(i) timbang berat badannya sekali seminggu

(ii) makan makanan yang sihat secara sederhana mengikut piramid makanan Malaysia

(iii) buat beberapa perubahan dalam tabiat pemakanannya

(iv) kurangkan/elakkan makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak

(v) lakukan senaman sederhana seperti berjalan laju, berbasikal, dan berenang

Soalan 9:
Maklumat di bawah menunjukkan senarai makanan sarapan pagi yang dijual di kantin sekolah.


Marissa sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Makanan yang manakah sesuai diambil oleh Marissa untuk bersarapan? Wajarkan jawapan anda.


Jawapan:
Makanan yang sesuai diambil ialah sandwic telur. Hal ini demikian kerana sandwic telur mengandungi kurang lemak. Untuk mengurangkan berat badan, Marissa perlu mengurangkan makanan berlemak dan bergula.

Leave a Comment