Praktis Sumatif 3 (Soalan 1 – 3) – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 3

Soalan 1:
Anda demam jika suhu badan anda melebihi 37°C. Keadaan sejuk yang melampau juga boleh menyebabkan suhu badan kurang daripada normal.

(a) Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan tiga faktor yang boleh menyebabkan demam.
(b) Berapakah suhu badan yang normal?
(c) Apakah jenis termometer yang paling sesuai digunakan pada bayi berumur di bawah 4 bulan?


Jawapan:
(a) Jangkitan, terdedah kepada keadaan panas melampau, senaman berat

(b) 36.9°C

(c) Termometer inframerah/termometer rektal

Soalan 2:
Gambar foto 1 menunjukkan dua jenis termometer.

Gambar foto 1

(a) Nyatakan nama termometer P dan Q.
(b) Apakah kegunaan kedua-dua termometer tersebut?
(c) Suraya berumur 21 tahun. Termometer yang manakah sesuai untuk digunakan bagi mengukur suhu badannya?
(d) Nyatakan kesan sekiranya demam panas yang berlarutan tidak dirawat dengan segera.


Jawapan:
(a) P: Termometer inframerah
Q: Termometer rektal

(b) Menyukat suhu badan

(c) Menggunakan termometer inframerah

(d) Boleh membawa maut
(terima mana-mana jawapan yang sesuai)

Soalan 3:
Seorang murid telah menjalankan eksperimen untuk menyiasat kadar denyutan nadi bagi empat orang individu yang berbeza umur. Jadual 1 menunjukkan bacaan nadi yang diperoleh.

Jadual 1

(a) Lengkapkan jadual di atas.

(b) Nyatakan:
(i) pemboleh ubah yang dimanipulasikan
(ii) pemboleh ubah yang bergerak balas

(c) Nyatakan hipotesis daripada eksperimen yang telah dijalankan.

(d) Berapakah kadar denyutan nadi seorang atlet terlatih?


Jawapan:
(a) 100 – 150

(b) Pemboleh ubah dimanipulasikan: umur
Pemboleh ubah bergerak balas: kadar denyutan nadi

(c) Semakin meningkat umur seseorang, semakin rendah kadar denyutan nadinya.

(d) 60 – 65 denyutan per minit

Leave a Comment