Praktis Formatif 3.2 – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 3

Soalan 1:
Apakah maksud kadar denyutan nadi?

Jawapan:
Kadar denyutan nadi ialah pengukuran bilangan degupan jantung per minit.

Soalan 2:
Tandakan (✓) pada cara mencari denyutan nadi yang betul.



Jawapan:

Soalan 3:
Ruzzana sedang hamil. Pada pandangan anda, adakah kadar denyutan nadi Ruzzana sama dengan perempuan yang tidak hamil? Wajarkan jawapan anda.


Jawapan:
Tidak sama.
Wanita hamil mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih tinggi kerana jantungnya perlu mengepam darah yang lebih banyak supaya dapat membekalkan oksigen dan nutrien yang mencukupi kepada fetus.

Soalan 4:
Pada suatu hari, Azril telah mengambil bacaan denyutan nadinya. Selepas berlari di taman berdekatan dengan rumahnya, Azril mengambil lagi bacaan nadinya. Pada pendapat anda, adakah bacaan nadi yang diambil sama? Wajarkan jawapan anda.


Jawapan:
Tidak sama.
Kadar denyutan nadi akan menjadi lebih tinggi selepas melakukan aktiviti fizikal. Hal ini demikian kerana jantung perlu mengepam darah dengan lebih kuat untuk membekalkan lebih banyak oksigen kepada badan.

Leave a Comment