Praktis Sumatif 2 (Soalan 3 – 5) – Sains Tingkatan 4 (KSSM) Bab 2


Soalan 3:
Rajah 3 menunjukkan makanan menyekat saluran pernafasan.


(a) Apakah yang berlaku kepada individu tersebut jika saluran pernafasannya tersekat?

(b) Secara ringkas, terangkan cara kaedah Heimlich Manoeuvre dapat membantu mangsa.

(c) Adakah kaedah Heimlich Manoeuvre boleh dilakukan kepada wanita mengandung? Apakah cara yang boleh digunakan bagi menyelamatkan wanita mengandung yang tercekik?


Jawapan:
(a) Mangsa mengalami masalah tercekik

(b) Kaedah Heimlich Manoeuvre akan menyebabkan tekanan di dalam peparu bertambah dan menyebabkan makanan tertolak keluar.

(c) Boleh. Bagi membantu wanita mengandung menggunakan kaedah ini, kedudukan tangan perlu diletakkan lebih tinggi berbanding seseorang yang tidak mengandung, iaitu betul-betul di pangkal tulang dada. Kemudian, teruskan kaedah Heimlich Manoeuvre seperti biasa.

Soalan 4:
Jia Hui mempunyai tabiat makan sambil bercakap dan sering ditegur oleh ibunya. Pada suatu hari, ketika dia sedang makan bersama rakan-rakannya, dia telah tercekik.

(a) Apakah bantuan kecemasan yang perlu dilakukan oleh rakan-rakannya bagi menyelamatkan Jia Hui?
(b) Terangkan kaedah yang anda nyatakan dalam soalan 4(a).


Jawapan:
(a) Heimlich Manoeuvre

(b) Mula-mula, berdiri di belakang Jia Hui dan bongkokkan badan Jia Hui sedikit ke hadapan. Kemudian, kelilingkan tangan dari belakang Jia Hui dan genggamkan tangan kanan.
Seterusnya, letakkan genggaman tangan kanan di antara pusat dengan bawah rusuk Jia Hui. Letakkan tangan kiri di atas tangan kanan yang digenggam. Seterusnya, tekan dan sentak ke atas dengan cepat dan kuat sehingga makanan keluar daripada mulut Jia Hui.

Soalan 5:
Bantuan kecemasan merupakan bantuan awal atau bantuan rawatan yang diberikan kepada seseorang yang sakit atau pengsan secara tiba-tiba sementara menunggu bantuan tiba. Pada suatu hari, Saiful tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri di sebuah pusat beli-belah. Jika anda berada di tempat kejadian, cadangkan kaedah pertolongan cemas yang akan anda berikan.
Jawapan anda hendaklah berdasarkan aspek-aspek berikut:
(a) kenal pasti tujuan
(b) analisis setiap pilihan
(c) senarai pilihan ikut urutan
(d) buat keputusan dan berikan sebabnya


Jawapan:
(a) Memilih bantuan kecemasan atau rawatan yang diberikan kepada seseorang yang sakit atau pengsan secara tiba-tiba sementara menunggu bantuan tiba.

(b) CPR dipilih sekiranya Saiful tidak bernafas atau tiada denyutan nadi. Heimlich Manoeuvre dipilih sekiranya Saiful sedar dan tercekik.

(c) CPR, Heimlich Manoeuvre

(d) CPR kerana CPR ialah bantuan kecemasan atau rawatan yang diberikan kepada seseorang yang pengsan secara tiba-tiba dan didapati tidak bernafas atau tiada denyutan nadi sementara menunggu bantuan tiba.

Leave a Comment