Sains SPM 2024 (Kertas Sebenar), Kertas 2 (Soalan 9)


Soalan 9:
Rajah 8.1 menunjukkan isu sosiosaintifik terhadap alam sekitar.
(a) Berdasarkan Rajah 8.1, nyatakan satu sektor Tenaga Hijau yang berkaitan. B. [1 markah]


(b) Kebakaran kecil sering terjadi di tapak pelupusan sampah disebabkan oleh gas metana yang terhasil daripada proses pereputan.
Terangkan bagaimana situasi ini menyebabkan pemanasan global semakin serius. [1 markah]

(c) Pihak berkuasa tempatan ingin memperkasa amalan 5R (Tolak, Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula dan Pemulihan).
Wajarkan tindakan pihak berkuasa tempatan tersebut. [2 markah]


(d) Rajah 8.2 menunjukkan bahan dan alat yang digunakan untuk menghasilkan baja kompos. 


Anda ingin menghasilkan baja kompos melalui proses biologi di rumah anda.
Berdasarkan bahan dan alat dalam Rajah 8.2, terangkan kaedah untuk menghasilkan baja kompos tersebut.

1. Kumpulkan sisa organik ke dalam baldi bertutup.
2.  …………
3.  …………
4.  …………
5. Taburkan baja pada tanah. 
[3 markah]


Jawapan:
(a) Sektor pengurusan sisa dan air sisa

Penjelasan:
Rajah menunjukkan sampah yang terkumpul di dalam tong sampah, manakala pembuangan sisa kumbahan ke dalam sumber air yang menggambarkan masalah pengurusan sisa pepejal dan air sisa.

(b)
– Gas metana ialah gas rumah hijau di mana ia memerangkap haba lebih kuat berbanding karbon dioksida (CO2).

– Apabila jumlah metana meningkat dalam atmosfera, ia menyebabkan suhu bumi meningkat, lalu menyumbang kepada kesan rumah hijau dan mempercepatkan pemanasan global.

Penjelasan:
Pengumpulan gas metana menyumbang kepada pemanasan global dengan membebaskan gas rumah hijau yang meningkatkan suhu atmosfera.


(c)
– Pihak berkuasa tempatan memperkasa amalan 5R kerana ia dapat mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan, sekali gus mengurangkan pencemaran alam sekitar seperti bau busuk, pencemaran air dan udara.

– Amalan 5R juga dapat menjimatkan kos pelupusan sisa, mengurangkan penggunaan sumber semula jadi, dan menggalakkan kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang.

Penjelasan:
Langkah memperkasa amalan 5R adalah wajar kerana ia memberi manfaat kepada alam sekitar, ekonomi, dan masyarakat.


(d)
Penyediaan baja kompos:
2. Tambahkan gula perang dan minuman berkultur ke dalam baldi.

3. Kacau campuran tersebut untuk memastikan semua bahan bercampur dengan baik.

4. Tutup baldi dan biarkan campuran tersebut selama beberapa minggu untuk proses penguraian.

Penjelasan:
Untuk menyediakan baja kompos, kumpulkan sisa organik dalam baldi bertutup yang berlubang, tambah gula perang dan minuman berkultur, kacau setiap minggu, biarkan mereput selama beberapa minggu, kemudian taburkan di atas tanah.


Leave a Comment