Sains SPM 2024 (Kertas Sebenar), Kertas 2 (Soalan 11)


Soalan 11:
Rajah 10 menunjukkan perbualan antara Ali dan Mutu.
Diagram 10 shows the conversation between Ali and Mutu.


Berdasarkan perbualan dalam Rajah 10, rancang satu eksperimen dalam makmal dengan menggunakan kertas bersaiz A4, buku teks dan bahan serta radas yang lain.
Perancangan anda perlu mengandungi aspek-aspek berikut:


(a) Pernyataan masalah
[1 markah]

(b) Hipotesis
[1 markah]

(c) (i) Pemboleh ubah dimanipulasikan
[1 markah]

(ii) Pemboleh ubah bergerak balas
[1 markah]

(d) Lakaran sususan bahan dan radas yang berlabel
[2 markah]

(e) Jangkaan pemerhatian yang menyokong hipotesis anda
[1 markah]

(f) Tiga aspek yang diperlukan untuk melukis carta palang eksperimen tersebut.
[3 markah]


Jawapan:
(a)
Adakah meja berkaki kayu lebih kuat daripada meja berkaki buluh untuk menyokong balang air?

Penjelasan:
Soalan ini timbul daripada perbualan Ali dan Mutu tentang kekuatan meja berkaki kayu berbanding meja berkaki buluh (situasi perlu dimasukkan dalam pernyataan masalah).

(b)
Meja berkaki buluh (berongga) lebih kuat menyokong balang air berbanding meja berkaki kayu (padat).

Penjelasan:
Hipotesis ini menyokong pandangan Ali bahawa meja berkaki kayu mudah patah.


(c)(i)
Jenis silinder // Silinder berongga dan silinder padatĀ 

Penjelasan:
Pemboleh ubah dimanipulasi (PM) adalah perkara yang perlu diubah / ditukar / dibezakan dalam satu eksperimen. Jika tidak diubah / ditukar / dibezakan eksperimen tidak akan berjaya dan ini biasanya menjadi sesuatu yang berbeza dari awal eksperimen.

(c)(ii)
Bilangan buku teks yang boleh disokong oleh silinderĀ 

Penjelasan:
Pemboleh ubah bergerak balas adalah hasil eksperimen atau keputusan penyiasatan yang dicari.


(d)


Penjelasan:
– Rajah berfungsi
– Sekurang-kurangnya 3 label


(e)
Bilangan buku yang boleh disokong oleh silinder berongga lebih banyak (daripada silinder padat).

Penjelasan:
Silinder berongga lebih kuat berbanding silinder padat.


(f)
– Paksi-X: Jenis silinder
– Paksi-Y: Bilangan buku teks yang boleh disokong oleh silinderĀ 
– Tajuk carta: Bilangan buku teks yang boleh disokong oleh silinder melawan jenis silinder

Penjelasan :
– Paksi X mewakili pemboleh ubah dimanipulasikan.

– Paksi Y: Pemboleh ubah bergerak balas.

– Tajuk memberi gambaran keseluruhan tentang apa yang dibandingkan dalam carta dan membantu pembaca memahami konteks eksperimen.


Leave a Comment