Sains SPM 2024 (Kertas Sebenar), Kertas 2 (Soalan 5)


Soalan 5:
Rajah 5 menunjukkan bacaan pada sfigmomanometer digital bagi seorang dewasa. 


(a) Berdasarkan Rajah 5,
(i) nyatakan unit yang digunakan dalam alat tersebut [1 markah]

(ii) nyatakan satu masalah kesihatan yang mungkin dihidapi oleh orang dewasa tersebut [1 markah]

(iii) cadangkan dua cara untuk mengurangkan risiko masalah kesihatan yang dinyatakan di 5(a)(ii). [2 markah]


(b) Jadual 2 menunjukkan maklumat berkaitan dengan tekanan darah dua individu bagi satu tempoh yang berpanjangan.

Berdasarkan Jadual 2, kedua-dua individu mempunyai jenis penyakit tekanan darah yang berbeza. Bezakan antara individu P dan individu Q dari segi:
(i) jenis penyakit 

(ii) tekanan darah apabila otot jantung mengecut dan berehat. 
[2 markah]


Jawapan:
(a)(i)
Milimeter merkuri

Penjelasan:
Milimeter merkuri adalah unit pengukuran bagi sfigmomanometer 

(a)(ii)
Hipertensi // Tekanan darah tinggi

Penjelasan :
Bacaan tekanan darah yang tinggi (160 / 100 mmHg) menunjukkan bahawa individu tersebut mungkin mengalami hipertensi

(a)(iii)
– Mengurangkan pengambilan garam, lemak tepu, dan gula, serta meningkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin penuh.

– Melakukan aktiviti fizikal secara berkala untuk membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kesihatan jantung.

Penjelasan :
Mengamalkan pemakanan sihat dan melakukan aktiviti fizikal secara berkala adalah penting kerana kedua-duanya dapat membantu mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Pemakanan yang kaya dengan nutrien menyokong kesihatan kardiovaskular, manakala aktiviti fizikal meningkatkan peredaran darah dan menguatkan jantung.


(b)(i)
Individu P mengalami hipotensi (tekanan darah rendah) manakala individu Q mengalami hipertensi (tekanan darah tinggi)

Penjelasan:
Individu P mengalami hipotensi (tekanan darah rendah) kerana bacaan tekanan darahnya adalah 85 / 60 mmHg, yang menunjukkan gejala seperti penglihatan kabur dan pucat. Individu Q mengalami hipertensi (tekanan darah tinggi) kerana bacaan tekanan darahnya adalah 180 / 110 mmHg, yang menunjukkan gejala seperti degupan jantung tidak teratur dan sakit kepala yang teruk.

(b)(ii)
Tekanan darah apabila otot jantung
– mengecut : 85 mmHg bagi individu P manakala 180 mmHg bagi individu Q . 
– berehat : 60 mmHg bagi individu P manakala 110 mmHg bagi individu Q.

Penjelasan:
Tekanan sistolik menunjukkan tekanan dalam arteri apabila jantung mengecut, manakala tekanan diastolik menunjukkan 1 tekanan dalam arteri apabila jantung berehat.

Leave a Comment